Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Travelog Daie : Ohaiyo Osaka (Part 3)


Assalamualaikum.

MashaAllah, lama gila tak update blog. Minta maaf kerana buat semua tertunggu-tunggu bagi post kali ni. Saya nak sekali tunjukkan kepada anda semua video yang saya buat tu, tetapi memandangkan saya ni budak baru belajar kan, jadi nak buat video ni makan masa lah pulak.
Hehehe, memandangkan sekolah pun dah nak masuk (even dah tamat sekolah) dan tahun baru hamper menjelma, lebih baiklah saya sambung pengalaman saya ini, supaya selepas ni mudah sikit nak buka chapter baru. Betul tak?
Bismillahirahmanirahim,
Berjalan di bumi Allah, melihat kebesarannya. Itulah salah satu tujuan kita digalakkan untuk menjelajah muka bumi ini. Di mana sahaja kita berada, pastikan niat untuk beribadah kepada Allah. Even dalam Al-Quran ada menyentuh mengenai perkara ini.
Tajdid niat, aku nak jelajah bumi Allah dan menyebarkan risalah-Nya.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan:

Seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.” 
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

Alhamdulillah, Allah telah beri saya peluang untuk berjumpa dengan orang-orang yang baik-baik. Mereka menghormati ajaran Islam dan membuka peluang kepada saya untuk menerangkan mengenai Islam.

Ada satu ketika dimana saya melawat ke sekolah Aguri-Chan, (sekolah rendah). MashaAllah, sangat seronok. Kebanyakan mereka di sekolah tersebut memang tak banyak pun fasih berbahasa Inggeris termasuk gurunya sendiri. Disebabkan pelajar-pelajar di sini masih tidak belajar bahasa Inggeris sehingga memasuki sekolah menengah.

Walaupun begitu, kedatangan saya disambut meriah oleh budak-budak tu. Tarik sana, Tarik sini. Lili-chan ! Lili-chan! Saya hanya mampu ‘haiyk, haiyk’. Komunikasi kami terbatas mungkin daripada segi bahasa, tetapi tidak melalui hati. Saya dapat merasai keikhlasan mereka dalam menyambut saya.

Mereka siap membuat pelbagai persembahan, Doraemon, games dan macam-macam.






during the Japanese class on the 6th Grade class,
I made this myself. Huwaa.

Hingga satu ketika, ketika saya berada di PE class (kelas pendidikan jasmani) bersama Grade 6, ada seorang budak lelaki ni, bila teringat balik dia ni, kelakarlah pulak. Dia banyak cakap. Cakap tak henti-henti. Dia sangat teruja melihat perempuan bertudung di hadapan dia. Itu kata-kata translator (anak pengetua) kepada saya.

Until one moment, dia minta nak berhigh-5 dengan saya, Saya ambil langkah selamat, I gave him ‘NO sign’ in a polite way. And he kind of a surprise.

“Heeehhh??!” sambil tangan dia menarik pipi ke bawah.

Terkejut sangat ke budak ni? Hahaha senyum je yang mampu saya bagi. Memang kelakar jugaklah situasi tu bila dia asyik bertanya sama ada dia sebenarnya boleh sentuh dengan lelaki atau tidak, dan saya ni boleh sentuh sesame wanita atau tak.

Of courselah boleh adik weii. Ketawa je yang mampu.

And I told him about how the real situation is really is.
“If you want to touch me, then you need to become my husband first” Joke.

Well actually, dia seorang peminat USA, tak minat dengan artis Jepun ni, so dia banyak tahu pasal negara US. Tiba-tiba, dia buat aksi menembak. Tembak sana, tembak sini.
Saya faham apa maksud dia,

“Islam is a peace religion. We do not like kill and murder.” Nada saya sedikit tegas
“ISIS.” Katanya.

And I guessed that they know what ISIS is really is, and they know how to differ between ISIS and the real muslim.
Ini buku Biology Form 5

Hmm, saya taknak cerita panjang mengenai pengalaman tu. 
Apa yang paling tersentuh bagi saya sepanjang saya berada di sini ialah Al-Quran.
Salah saya pada awalnya kerana saya tidak memperkenalkan Al-Quran kepada keluarga angkat saya, saya fikir tak perlu gopoh, tak perlu memaksa.
Walhal, sebenarnya Al-Quran ialah elemen terpenting.
Bagaimana tidak, Al-Quran. Al-Quran kot. Satu-satunya kitab yang tiada keraguan padanya. Apa lagi nak ragu-ragu. Sampai sekarang aku menggeleng. Menggeleng tanda "mengapa aku tak guna secret weapon tu awal-awal"

Sebelum tu, saya tak pernah pun bercakap mengenai Al-Quran.
Saya hanya letak Al-Quran yang saya bawa ke sana atas sebuah rak di rumah. Sentuh, tapi bukan untuk pengetahuan dia.
Sehingga satu hari, saya kata kepada diri saya sendiri yang saya perlu kuatkan semangat. Saya perlu sebarkan juga walau macam mana sekali pun.

Saya bingung. Saya tak tahu macam mana nak mulakan.
Tingg...Light bulb. 
I let the Quran talk by itself.How?

"Kaasan, may I have you a favor?" 
"yes, dear."
"Emm... can you spare about 40 sec, I want you to listen something."
"Sure." Muka senyum , ternanti-nanti.
Saya beri dia earphone, saya pasang surah Al-Mulk yang dibaca oleh Muhammad Taha al-Junayd. Saya pasang surah Al-Mulk kerana surah ini mengenai 'kerajaan'. Ya, kerajaan milik Tuhan. Milik Allah. Dan kepada siapa lagi yang perlu kita sembah melainkan Dia.

Seusai dengar,

"Well, what do you think?"
"Ahh, is it what you always recite during your prayer?"
"Kind of. It is the verse from the Quran."

and then I showed her the Al-Quran of mine,
" Ahh, Quran . I know about it. It is calm and the sound looks like a bit sad. It like the song from the India."
" Do you always read like this during your prayer?"
Masa tu saya hanya mampu ketawa.

"No, I just recite it with normal tone." Chuckled. Hampeh betul si Maliihah ni. And then, I told her that I always used to hear that when I'm stress and when I want to memorize something. 
Ayat selamatkan.

Saya tak cakap panjang lepas tu. Saya fikir cukuplah. Saya taknak memaksa. Saya juga bukan orang yang banyak sangat ilmunya.Perbualan kami berhenti sampai disitu mengenai Al-Quran since saya cakap saya nak dengar bacaan Al-Quran sejurus daripada tu. Saya fikir ia berakhir begitu sahaja.
Tetapi, rupanya berlainan.
"Woah, there are so many marks." matanya seperti terpukau dengan tafsir Al-Quran yang saya letak atas rak.Banyak penanda katanya. Saya sengeh. Sengeh je. Saya ingat itu hanya satu pujian, bukan bermakna satu ayat yang seperti, ' apa disebalik Al-Quran tu.'
Saya baru tersedar mengenai perkara ni, ketika kami dah hampir nak berpisah. Masa tu, kami bersedia untuk menaiki kereta api untuk pulang ke Osaka. Tak tahulah, waktu tu agak kalut, saya organize balik semua barang-barang saya yang ada dalam bagpack saya, dan saya letakkan Al-Quran atas meja.

Tengah-tengah sibuk menyusun ni, tiba-tiba.
"Lili-chan, can I take a look?" Dia point kepada Al-Quran.

Saya macam, Yes. Of course. Yes.
Buka Al-Quran, lihat ada tulisan arabic.
"You can read this? You can read all of this?" She asked me. I just nodded.
"So, what is the meaning behind this(sambil tunjuk kepada ayat ini dan ayat itu."
"Well actually, this is the noble book that were given to us. All of these are the words from Allah. These are the words from God. The Quran was given through the messenger of Allah, Prophet Muhammad pbuh. About more than 1400 years ago.... " I gave her some details about the Quran.
"Well, here there is also a verse about the Muslims should treat nice to non-Muslims." Sengeh lagi.
Hati saya berdebar since dia buat inquiry dan curiosity tu kuat. Saya tak tahulah kenapa saya gelabah sangat, (hahaha tak boleh pakai betul budak ni).
Mata saya tertumpu kepada satu ayat,
"And this is about paradise. It says that in paradise, we can have sakee(one kind of beer in Japan)" I ended up with a factual thing, since masa waktu tu sangat mencemburui kami. 3.30 petang, tiba masa untuk bertolak ke Osaka.
Kami terpaksa menutup kitab suci tu disebabkan kami sebenarnya dah terlewat untuk perjalanan. Saya fikir nak beri sedikit penerangan tetapi apakan daya,,
"Interesting." Kaasan balas. Muka dia menunjukkan bahawa dia ingin lebih tahu mendalam mengenai Al-Quran. 

Itulah hari terakhir kami bersama. Air mata, tak payah nak cakap ahh betapa sebaknya saya ketika itu. Sedih,sedih untuk meninggalkan keluarga ini. Mereka telah menjaga saya dengan baik, belanja apatah lagi, nak dikatakan keluarga Kaasan ni bukannya tergolong dalam kalangan orang berada pun.
Berlapis-lapis baju dia bagi saya pinjam, takutnya saya ni kena demam. Waduhh, Kaasan terima kasih banyak-banyak.

It is nice experience for me, satu anugerah daripada Allah untuk beri saya kekuatan dan semangat, supaya tegakkan Islam di muka bumi ini. Sebagai persediaan untuk saya untuk hari akan datang.
Dia ada sediakan sebuah photo album untuk saya.
Pada awalnya, saya ingin berkongsi kepada anda semua.
Tapi rasanya cukuplah sekadar gambar-gambar dibawah sebagai lampiran travelog ni. 


this is only surau I found during in Japan. This is located at Kyoto Tower.

Kobe Zoo

Nasi Goreng, I made it with Kaasan at home.


Halal Bento. Oishii~



nak apa? aiskrim, air panas, air sejuk. Semua tekan jah.


Saya rasa sampai disini sahaja perkongsian saya. Mungkin tak banyak sangat saya boleh kongsi, dan bukan semua pengalaman saya ceritakan. Ada juga yang perlu saya rahsiakan atas sebab yang tertentu.

saya harap perkongsian saya yang tak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada semua. Ini sekadar pengalaman amatur saya, saya bukan sesiapa, manusia biasa. Yang buruk dijadikan sempadan, buat benteng sebesar-besarnya, dan kalau ada sebarang teguran, bolehlah sampaikan. Dan jika ada yang baik, bolehlah dijadikan tauladan kerana ini semua kuasa Tuhan. Apa kebaikan yang ada ini ialah daripada Allah sendiri.

Sampai disini sahaja travelog saya InshaAllah. Tunggu saya untuk travelog seterusnya. Cewahh. Kalau ada rezekilah.

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti program ini bolehlah berhubung dengan Hiroshima International Club Kuala Lumpur.

Sayonara~.



Travelog Daie : Ohaiyo Osaka (Part 2)

Assalamualaikum !

Maaf dan maaf sekali lagi sebab saya dah lama tak update. Nak siapkan report punya pasal, sekarang masa untuk post sahaja.
Saya sebenarnya ada sediakan sebuah video, tapi disebabkan saya ini budak baru belajar, jadi video tu masih dalam proses. Maaf la ya.
Salah satu sebab saya nak travel ni ialah, saya nak sebarkan Islam. Dan yang keduanya, pelik tak kalau saya kata disebabkan saya tertarik dengan iklan musafir dekat TV AL-Hijrah tu? Hahaha. That’s why.

Bismillahirahmanirahim,
Saya takkan bercerita mengenai perjalanan saya satu demi satu di sana. Cukuplah dengan laporan itu saya ceritakan segala-galanya. Di sini saya hanya ingin berkongsi mengenai bagaimana hidup sebagai seorang muslim di sana, dalam ramai-ramai manusia di luar sana, saya seorang sahaja yang menutup kepala.

Di Sanda City ni, saya tak tahu berapa peratus je muslim, mungkin hanya saya.

Soalan pertama saya ajukan kepada ibu angkat saya, Kaasan,
“Pernah jumpa tak Muslim sebelum ni?”
Dia cepat dia menggeleng. Itulah pertama kali dia berjumpa dengan seorang penganut agama Islam. Di depannya pada ketika itu, seorang gadis yang memakai penutup kepala, aneh mungkin baginya.
Hari pertama, berkenalan dan berkelah. Visit Osaka-j0. Menarik. SUGOII, bak kata orang Jepun. Hehehe.


Saya belek jam tangan, jam dah menunjukkan pukul 1.00 tengahari. Zuhur dekat sini dah masuk sejak sejam yang lalu. Tiba-tiba, saya teringat pesan mak,
“ Bila kita jaga agama kita, mereka respect dekat kita.”

Saya senyum. Pantas saya berkata kepadanya,
“ I’m sorry, well actually, I need to perform my prayer.” .
“Oinari?” sambil dia buat tangan macam agama Buddha.
“Ahh, yes. As muslims, we need to perform prayers 5 times a day.”

Dia seperti terpegun, katanya dia baru tahu tentang perkara ini. And she said, she should do more research about Islam then. How cute.

Alamak! Beg aku pulak tertinggal. Dahi ditepuk banyak kali.
Kompas, spray air, sejadah kecil.
Masa tu barang-barang untuk kelengkapan solat dalam beg. And bag pulak tertinggal.
But then, ini semua perancangan Allah. Dia nak bagi yang terbaik.
Saat tulah, saya kena ceritakan segala-galanya.
“ We need to take some wash at the certain part of our body before taking a prayer.”
Dia menghulurkan botol air kepada saya, agak sulit sebab di sana air tidak dibekalkan dalam tandas, tandas pulak mana boleh ada air menjejes-jejes. Mereka sangat mementingkan kebersihan lorh. And, I cannot simply uncover my aurah in front of the non-muslims. So, agak rumit disitu. Tapi akhirnya berjaya jugak.
Kompas takde. Pandang dia, sengeh.
“ Do you know where is west? “
“ West?” Dia bukak kompas dalam phone dia, and show me the direction.
Last sekali, tempat solat. I told her that I need a serene place, maybe a private place and of course clean.
Kami nampak strategik di belakang muzium. Okay call.

Kain sembahyang? Tak jadi masalah buk. Malah saya tak bawa pun kain sembahyang datang sini, sebab saya tahu, syarat sah solat ialah dengan menutup aurat dengan sempurna. So, apa yang membuatkan saya tidak menutup aurat dengan sempurna di luar solat?
Jadi, kan senang kalau dah tutup aurat, tak perlu susah-susah bawak telekung.  Baju longgar, tudung labuh, berstokin dan tidak jarang. Cukup lengkap. Jadi, solat tak payah nak tangguh-tangguh solat. Apatah lagi, dengan cara ini jugak, kita dapat mengelakkan  kesalahfahaman yang berlaku terhadap mereka non muslims ni, mereka menganggap bahawa solat perlu dilakukan dengan adanya telekung,. Maka mereka yang tiada telekung ini, tak mampu lagi untuk bergelar muslim dan menunaikan solat.Ada antara kenalan saya yang sanggup qada’ solat, disebabkan katanya tiada telekung. Maaf, solat jangan dibuat mainan sayang.

Start daripada perkara itu, Kaasan dan Marichan belajar banyak benda berkaitan solat. Even, sampai jamak dan qasar pun dia tahu. Hahahaha. Saya siap tanya dia tak mengapakah kalau tunggu sekejap sementara saya solat, dan dia cakap,
“ It’s okay. I found it so interesting! I really want to know more about your prayer.”
Saya senyum. Dia ada tanya mengapa saya menunaikan solat, untuk tidak memutar belitkan dan membuatnya menjadi simple, saya jawab
“ We believe in Allah, and the prayer is to show love towards Him, because He is The Ultimate Creator.”
Dia tanya lagi, bagaimana kalau tinggal solat. Tak boleh ke.
Untuk meringkaskan lagi, saya terus sebut pasal syurga dan neraka. Saya tak tahulah jawapan yang terus terang boleh dibawa pakai tak dalam konsep dakwah, tapi jawapan saya lebih kurang macam ni,
Kalau buat masuk syurga, kalau langgar masuk neraka.
Dan disitulah bermulanya,
Lepas daripada tu, dia mula prihatin terhadap saya, ada kalanya dia yang bertanya dahulu, sama ada saya sudah menunaikan solat ke belum, atau saya belum bertanya lagi, dia yang dahulu mempelawa.
Dalam nursery lab, dalam kelas kosong, dalam tempat changing cloth sehingga bilik pengetua.
Walau di mana pun kau berada, jangan pernah tinggal solat. Tak ada alasan untuk tinggal solat, disebabkan kononnya tiada surau ataupun masjid.  Di bumi dia, kau berpijak atas bumi dia, dan kau mampu lagi berkata ‘Nanti’, ‘ Qada’ .

Islam mudah tetapi jangan memudahkan.

To be continued………..


Maaf la kalau ada ayat yang pedas atau menyinggung. Kebanyakannya untuk refleks diri sendiri, dan kalau ada sebarang teguran dan pembetulan, boleh langsung dengan saya ye. Saya terbuka sahaja :D.
Kisah ini hanya sekadar inspirasi buat muslim di luar sana, daripada gadis amatur seperti saya.

Dan saya tak suka gambar saya dipublickan, d=so kalau sikit je gambar publish ni, maaflah ye. hehehe.


Travelog Daie : Ohaiyo Osaka (Part 1)

credit to Syasya Abdul Malek

Assalamualaikum. 
huk huk huk, lama benarnya si Maliihah ni menyorok ye, nak kata sibuk SPM,
SPM pun dah habis cerita. Amboi, belum tutup buku lagi ye hakak-hakak dan abang-abang.

Ya, saya seriously memang satu alasan yang jitu lah kalau saya cakap saya busy. I'm not that busy, sebenarnya agak busy, tapi still ada masa yang terluang untuk sedekahkan satu post dekat Monolog Daie. Kesian kesian.

Okay, tutup cerita.

Tadada... Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk saya berkongsi serba sedikit mengenai program yang saya join baru-baru ini di Jepun. Alhamdulillah, 10 hari saya disana, iman terjaga tidur pun lena. 

First and foremost, actually tak tahu nak start dari mana.
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberi saya peluang untuk melawat ke negara orang untuk sebarkan Islam,
dan terima kasih kepada mak dan abah sebab beri kepercayaan dekat Along untuk merantau sorang diri dekat sana. Mampu survive lagi, Alhamdulillah.
And terima kasih bebanyak kepada Hiroshima International Club sebab anjurkan program ni. btw, saya belum buat report lagi sensei. Adui mak.

Awal-awalnya, rasa macam "Heih, betul ke tak aku ni?
Rasa macam " Maliihah, seriously kau?"


"Aku bukan sorang, aku ada Allah yang akan jaga aku."

Dengan itulah, aku teruskan perjalanan. Sebab aku percaya, dan aku yakin.



Hari sudah tiba, tup tap tup tap, orientation semua berjalan dengan lancar, all my friends from OSAKA group seems exciting too. Yeah,over exciting. Orientasi bermula, berceritalah tentang tatacara hidup di Jepun and how to communicate with them.


Osaka group 

Cc : Una Farhah
Sensei Zubir & Sensei Khairul bagi taklimat


Alhamdulillah, selepas 2 hari taklimat, kami selamat tiba di Osaka. And then, when we arrived at Hippo Club Office at Osaka, I met my foster family. Konicchiwa. They called me as LILI-Chan. Hahaha, kelakar la jugak.
Alhamdulillah my host family; Kaasan (mom), Aguri-chan, Mari-chan, Jii-chan, Yuka-chan, and Momoe. They adopted me like a daughter and I didn't feel like an outsider. 

Saya masih ingat pesanan mak kepada saya,
datang sini jaga iman. Apa yang penting jaga nama Islam. Macam mana pun, just do the good deeds and show how Islam is actually is. By that, they will respect you.

And yes I did,

To be continued.......

After SPM punya cerita

Assalamualaikum,
I need my own time and some space
So I'm about to have my own time to Post a new article,
Just wait and see.
InshaAllah,by tomorrow I’ll try to put my time to share bout my travelogue.
Just wait and see ahhh.

Seruan untuk Daie




Hidup ini merupakan perjuangan.
Hidup ini perlukan pengorbanan,
Hidup ini perlu ada tangisan.

Wahai daie,
andai diri ini terasa serba cukup,
kau memang salah.
Malah lebih bermasalah,
jika kau fikir kau lebih dari cukup,
dari mereka yang masih bermasalah,
Ingatlah kau bukan sesiapa,

Wahai Daie,
masihkah kau ingat,
tatkala kau masih pegang keramat jahiliah,
tatkala kau masih longlai dengan arus dunia,
tatkala itu kau dikurniakan dari Dia,
dibukakan pintu cahaya,
masakan kau lupa?
perasaan saat itu, 
amat bermakna.

Wahai Daie,
Ingatlah sifat hati,
Tidak jernih, tambahan lagi putih.
Iman pula ada turun dan naik,
dan kau masih lagi leka,
Leka ibarat kau sudah miliki segala,

Wahai Daie,
Andai kau diulit dengan cinta manusia,
andai kau dibuai dengan manifestasi cinta,
sungguh kau semakin jauh,
walaupun kau berkata itu cinta,
cinta atas landasan agama,
cinta itu fitrah manusia,
Aku takut itu sebenarnya semua dusta.

Wahai Daie,
Cuba tanya semula, 
siapa yang selayaknya kau cinta?
siapa yang selayaknya kau pinta?
Benarkah itu semua kerana Dia,
sudah kukuhkah cinta kau kepada Dia,
Sudah terbuktikah rindu kau kepada kekasihNya,
tatkala Nabi merindui umatnya,
kau masih menunggu kumbang bertaut,
kau masih men
bukan , bukan. bukan.

Wahai Daie,
jika kau fikir dunia ini sementara,
maka teruskan perjuangan ini,
andai kau luluh di tengah perantara,
andai kau jatuh di tengah perjalanan,
bangkitlah! bangkitlah! bangkitlah!
Bangkitkanlah nama Islam di persada dunia.

Wahai Daie,
andai kau jenuh dengan kata-kata,
andai kau letih dengan tohmahan mereka,
ingatlah itu semua bayaran untuk ke syurga,
mungkin kini kau derita,
namun bersabarlah,
kerana kau akan bahagia,
di syurga.



Assalamualaikum, ehehe lama benar tak update kan. Nilah masalah bila dah berat tangan nak menaip, idea berjuta, ceritanya banyak tapi masa pula tak mengizinkan. Untuk pengetahuan semua, saya akan terus frequently update when I have much time, sebab sekarang masa untuk fokus for SPM.
Masa dah suntuk. pergh suntuk suntuk.

Doakan saya dan sahabat-sahabat saya supaya boleh menjawab exam dengan baik. ;D
Btw, selamat tahun baru Hijrah. Semoga kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Benih Baharu


Setiap hari membaja benih baharu,
Menebarkan benih seantero benua,
biarpun ada benih yang mungkin tak tumbuh,
ataupun tumbuh dimakan kumbang,
mungkin juga layu dek nutrisinya kurang,
biarkan ia layu.

Setiap hari aku akan membaja benih baharu,
memang aku membaja bukan untuk dijaja,
bukan pula untuk sekadar perhiasan semata,
tetapi apa yang akan aku dapat daripanya.

Mungkin aku akan peroleh pokok yang berbuah lebat,
walaupun menunggu masa yang begitu lambat,
tatkala angin dan hujan yang begitu lebat,
akan ku tunggu sehingga aku dapat.

Aku gembira kerana penantianku,
mungkin ia makan banyak masa,
mungkin ramai yang akan berputus asa,
tapi tidak bagiku,
akan ku terus tunggu,
dan menabur benih baharu,
sehingga aku sendiri terharu.

Begitu kehidupan ini,
akan sentiasa aku singkap,
dan meneruskan perjuangan dakwah ini,
biarpun mungkin tidak membuahkan hasil,
atau kadang terpalit keperitan,
atau tercatit segala kedukaan,
kadang aku sendiri yang perlu dipersalahkan,
mana mungkin dengan diri yang banyak kekurangan.

Namun begitu masih ada yang menunggu,
mungkin dua tiga kata yang terselit di kalbu,
mungkin dengan dua tiga kata ini,
mampu membina satu kehidupan baru,
yang lebih hebat dan jitu,
untuk perjuangan Islam yang dituju.

Sebarkan dan terus sebarkan.
Benih baharu itu.




p/s : Saya bukan budak sastera. Bye

Cherita dari Tuah


Assalamualaikum.
Eheh senyum je saya tengok post ni. Terkebil-kebil nak taip apa. Nak cerita dari A sampai Z ke percutian saya kali ni? Nayy. Atau, cerita disebalik cerita. Banyak sangat kisahnya, terlampau banyak sehingga tak tahu nak kongsi yang mana.

Well, sebenarnya percutian kali ni entahlah another trip to Melaka. Which is my father's bornplace la. Yup, abah orang Melaka, memang setiap kali balik memang Melaka je tempat dituju. Memang 5 hari ni makan asam pedas je. Semua masak merah, bukan setakat merah, berapi pulak mek dioo. 

Kita ni tersengih sengih je, tak boleh komen apa-apa la. Nama pun rezeki, asal bukan kita bayar. Eh? hehehe.

Demikian itu, saya dan berkeluarga bercuti sakan , mostly shopping all the time, cari baju raya sini sana jammed tak jammed, redah je. Memang perghh banyak belanja betoii. Btw, thanks abah and mak. Memang habiskan duit mak ayah betulkan aku ni. eheh.

Oh ya, kami tinggal di homestay kami. TUAH HOMESTAY. Abah ada buat bisnes homestay cooperate dengan saudara dekat sana. Awalnya buat rumah supaya senang nak tinggal bila balik kampung, but then namanya otak bisnes, cari rezeki buat homestay la. Sekarang Alhamdulillah dah empat buah rumah homestay berjaya dibina, 

Meh nak promote sket.









Tuah Homesta
3 bilik - rm170
2 bilik - rm140
1 bilik - rm80

Semua berhawa dingin srta 3 & 2 bilik disediakan ruang memasak. 
Utk maklumat lanjut, boleh hubungi : 
0126733145 Cg Zamri


Iklan jap. Eheh apa salah promosi ann.
Sambil tu kalau ada merancang nak bercuti dengan keluarga dekat Melaka ni apa salahnya berhomestay sekali sekala, senang boleh masak, more space. Aircond pun ada...
At least, boleh tahanlah dari hotel bajet.Kan? Eheh suka hati.

Memang takde apa nak cerita sebenarnya, kepala blank sebab banyak sangat tidur dalam perjalanan balik. Esok balik sekolah. 

Homework? 
Study?
Terjun gaung!

Monolog #2 Hampa.





Dengarlah duhai insan diluar sana,
Aku hanya insan biasa, 
yang bergelar manusia,
Sungguh banyak hina dan cela,
Yang kadang aku sendiri terleka,
dek indahnya dunia.

Dengarlah duhai insan semua,
Aku kadang muda alpa,
dengan bait kata-kata,
yang mungkin aku sendiri utara,
Lantas menghimpun benak duka,
Menyusun onak lara,
Merungkai seribu penyesalan.

Denai hujan semakin menimpa,
akan hati yang semakin hampa,
Hampa..... Hampaa.....

"Man Jadda Wajada"


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Amboi lain macam bunyi hari ni, saya pun tak tahu kenapa. Memang mood acap kali tukar je kebelakangan ni, macam main sorok-sorok pun ada. 
Well, this school holiday, saya dah rancang awal-awal dah apa yang nak dilakukan. And saya sendiri sudah sisipkan banyak kata-kata motivasi daripada alumni dan seniors sebelum ni yang banyak beri dorongan, not to forget sahabat-sahabat seperjuangan saya juga yang bakal menempuh SPM nanti.

So, apa cite ni tetibe je kata2 motivasi bagai. Apa kes?

Well, saya sebenarnya lepas daripada midyear baru-baru boleh dikatakan jatuh tergolek golek because baru dapat kesedaran diri yang SPM ni dah dekat. And I'm still not achieve what I should achieve for. Yup, I don't want to say my result but regarding that mostly semuanya meningkat, Alhamdulillah. 

Surely, I want to get straight A's. Itu cita-cita saya, itu matlamat saya. and I believe I can even without much supporters, even maybe orang akan pandang sebelah mata. I don't care, we need to be husnuzon right to Allah? Man Jadda Wa Jadda. Sesiapa yang berusaha dia akan berjaya.Tak gitu?

Before that, hati saya sebenarnya hampir luluh, macam berkecai fuihh memang takde harapan nak cantum balik, because I found my previous revision book, yang zaman kegemilangan PMR punya, perghh masyukk ah. Bila belek semula buku tu, macam itulah dia A+. Saya masih ingat macam mana saya begitu teruja dengan subjek Geografi dahulu, and every single thing tempat dalam buku tu rasanya saya boleh ingat dekat mana. Itulah buku saya bawa kemana-mana sahaja. Masih bersampul tetapi ada kesan koyak-koyak, salotape dimana-mana sebab nak nampaknya kita ni study ann. Ahahhaha poyo itu semua. Sekarang rasanya bila tenung buku Chemistry, Physics , Biology, macam krik-krik je. Kena baca satu persatu, nak buka helaian lain pun ambil masa berapa lama. 

And I kinda mempertikaikan tentang orang yang dapat semua A's tu even diorang study last minute, I thought like 'nevermind diorang semuanya lelaki. Memang ah boleh, ada 9 akal katakan." Ahah, that's my mistake for thinking like that.

Seriously, at that particular time I'm crying. Because I missed my old days. I miss my golden time. And I thought it's all over.

Memang, bumi ni bulat. well, kita biasa dengar bukan, kita tak akan sentiasa berada di atas, kadang-kadang kita kena berada di bawah, untuk tahu bagaimana dan pengalaman orang yang berada di bawah, but that's not the final. That's not the end of the story. Naik roket atau naik lif ke untuk sampai ke puncak balik. Don't ever give up. 

Firstly, don't follow my step. Jangan pernah leka dengan dunia. Ingatlah bahawa 1 saat itu nyawa. Jangan pernah kenal erti putus asa dan memang Allah sangat murka kepada hambaNya yang hendak berputus asa daripada rahmatNya. And don't forget, berusahalah, berusahalah dan berusahalah,. Jangan pernah berhenti walaupun result tak seberapa. Banyakkan berdoa dan berfikir positif terhadap Tuhan. Allah akan beri yang terbaik buat hambaNya, bukan? Buktikan.

Kasih dan cinta kepada Dia semata-mata. Buka mata dan buka hati. Saya pernah lontarkan ayat ini kepada sahabat-sahabat saya, 
"Kalau kita sekarang belajar sampai pukul 1 atau 2 pagi pun, tapi kalau tak niat kerana Allah, semua yang kita belajar ni semuanya SIA SIA!"

I once said that, because I want to remind myself, to make sure that I seek ilm for the sake of Allah, not because after the Dunya, not because of the wealth that I may get from all of this success. It's all belong to Him, so for Him we should do for. Nothing accept Lillahitaala. I kinda hate myself and sometimes slap my once face, because I feel so disturbed by all the results. Verily, He is the Best Planner. We just planning right?

Be positive (Husnuzon).

credit


Something has disturbed me during the exam, musibah datang bertalu-talu. And I can't even focus for examination because too much thinking. Banyak sangat perkara berlaku. And one day, I seek upon Him for help and guidance for me to found the hikmah in all of those obstacle, Alhamdulillah, Allah shows His Mercy and sent me a friend- nice and thoughtful. She told me everything - the solution, hikmah and even motivation for me to move on. And I can smile again.

Waktu itu, seakan saya baru sedar dari lena. Mungkin selama ini saya bongkak. Sombong untuk menilai cinta Tuhan. Mungkin sekali saya terlalu memikirkan mengenai exam, exam exam... sehinggakan Allah menghantar bertimpa-timpa ujian. Waktu itu, saya sedar saya perlukan Tuhan. Waktu itu baru saya sedar, jika selama ini saya berdoa supaya Allah tunjukkan jalan, mungkin cara inilah paling berkesan. Allah itu Maha Adil. Saat diuji itu, baru ku kenal apa itu usikan rindu, rindu nan abadi daripada Ilahi. Itulah cinta hakiki.

In Sha Allah, rasanya dah panjang berjela-jela ni. Doakan diri ini supaya terus istiqamah dalam mujahadah, dalam menempuh pelbagai kerenah dan mampu teguh dalam beribadah. Kerana ini semua kerana Dia. Maafkan saya. Doakan saya. Saya bukan orang baik, tapi ambil yang baik daripada saya. 

In Sha Allah, shall meet again in the next post.

Monolog #1 : Aku hamba marhaen.


credit




Assalamualaikum wbt, akhi wa ukhti. Alhamdulillah after such a long period I'm not blogging, seriously for about a month I'm not updating stories. Sorry gais. Mohon tolong carik sendiri bulu ayam bersihkan sikit blog yang penuh habuk hambar ni. Ahaks.

Kay, I'm not gonna to say much about any particular things, because I don't know why but maybe because too many things happen that I can't clearly tell everything.Terima jelah heh.

Well, Ya rabb. I don't know how to explain it. Aku sendiri pun tak tahu macam mana Rasulullah boleh lalui semua ni, seorang diri. Hebat. Memang hebat, daripada diri baginda keseorangan. Kerana Allah semata. Kerana Allah yang suruh. Kerana ini semua arahan Allah. Kerana takut akan Allah.

Maaf, aku bukan nabi. Aku juga bukan malaikat. Aku tak sempurna. Aku mungkin laksanakan legasi Rasulullah ni dengan banyak cela. Sangat banyak. Kadang aku sendiri pun frust dengan diri aku. Aku tanya mana keikhlasan yang perlu dibawa sepanjang berdakwah. I'm asking myself everyday.

Law kana bainana. Waheshna Ya Rasulullah. Sungguh, aku mungkin bukan orang yang terbaik untuk menyampaikan, malah sungguh masih ramai di luar sana yang hebat pertuturannya, ilmunya jauh malah lebih jauh tingginya, akhlaknya semulia seorang daie yang sepatutnya. Maaf, aku cakap aku tak sempurna. Maaf, mungkin kerana ketidaksempurnaan aku ini, mungkin aku menjadi fitnah kepada agama, aku tidak menunjukkan apa itu ISLAM. Sumpah, aku minta maaf. 

Tapi, aku mencuba. Aku tak kisah walaupun mungkin bahasa aku mungkin agak kasar, tambah lagi dengan boloknya, tambah lagi dengan pelatnya mungkin. Aku tak sempurna. Akhlak aku tak menunjukkan apa yang patut seorang muslimah tonjolkan. Tapi aku cuba. Aku cuba sedaya upaya aku untuk menjaga, pandangan, atau mungkin ikhtilat. Mungkin, kadang aku tersasar. Mungkin jauh tersasar, tidak pertahankan apa yang aku patut pertahankan. Tak perlu hukum pakaian aku. Labuh mana tudung aku, jangan salahkan pemakaian aku. Kerana itu salah satu cara untuk aku pupuk diri aku untuk jadi lebih baik. Supaya aku selalu peringatkan diri aku ni bahawa aku sekarang sedang membawa imej Islam. 

Mawar berduri, 
Ya, muslimah ini boleh dianggap sebagai mawar berduri. Cantik mata memandang. Tapi bukan senang untuk dipegang, bukan senang untuk disentuh. Kekal teguh dengan prinsipnya. 

Aku, hanyalah hamba marhaen, aku bukan sesiapa, tapi ayuhlah wanita diluar sana. Adakah kita wanita yang didambakan syurga? Adakah kita miliki ciri-ciri wanita yang Rasulullah naikkan martabatnya? 


fuhhh... maaflah kalau ada terkasar bahasa. Seriously, this is the serious monologue that i have told before, maaf atas penggunaan 'aku' untuk mereka yang lebih tua. Sekian. Terima yang baik buang yang buruk.