Benih Baharu


Setiap hari membaja benih baharu,
Menebarkan benih seantero benua,
biarpun ada benih yang mungkin tak tumbuh,
ataupun tumbuh dimakan kumbang,
mungkin juga layu dek nutrisinya kurang,
biarkan ia layu.

Setiap hari aku akan membaja benih baharu,
memang aku membaja bukan untuk dijaja,
bukan pula untuk sekadar perhiasan semata,
tetapi apa yang akan aku dapat daripanya.

Mungkin aku akan peroleh pokok yang berbuah lebat,
walaupun menunggu masa yang begitu lambat,
tatkala angin dan hujan yang begitu lebat,
akan ku tunggu sehingga aku dapat.

Aku gembira kerana penantianku,
mungkin ia makan banyak masa,
mungkin ramai yang akan berputus asa,
tapi tidak bagiku,
akan ku terus tunggu,
dan menabur benih baharu,
sehingga aku sendiri terharu.

Begitu kehidupan ini,
akan sentiasa aku singkap,
dan meneruskan perjuangan dakwah ini,
biarpun mungkin tidak membuahkan hasil,
atau kadang terpalit keperitan,
atau tercatit segala kedukaan,
kadang aku sendiri yang perlu dipersalahkan,
mana mungkin dengan diri yang banyak kekurangan.

Namun begitu masih ada yang menunggu,
mungkin dua tiga kata yang terselit di kalbu,
mungkin dengan dua tiga kata ini,
mampu membina satu kehidupan baru,
yang lebih hebat dan jitu,
untuk perjuangan Islam yang dituju.

Sebarkan dan terus sebarkan.
Benih baharu itu.




p/s : Saya bukan budak sastera. Bye

Cherita dari Tuah


Assalamualaikum.
Eheh senyum je saya tengok post ni. Terkebil-kebil nak taip apa. Nak cerita dari A sampai Z ke percutian saya kali ni? Nayy. Atau, cerita disebalik cerita. Banyak sangat kisahnya, terlampau banyak sehingga tak tahu nak kongsi yang mana.

Well, sebenarnya percutian kali ni entahlah another trip to Melaka. Which is my father's bornplace la. Yup, abah orang Melaka, memang setiap kali balik memang Melaka je tempat dituju. Memang 5 hari ni makan asam pedas je. Semua masak merah, bukan setakat merah, berapi pulak mek dioo. 

Kita ni tersengih sengih je, tak boleh komen apa-apa la. Nama pun rezeki, asal bukan kita bayar. Eh? hehehe.

Demikian itu, saya dan berkeluarga bercuti sakan , mostly shopping all the time, cari baju raya sini sana jammed tak jammed, redah je. Memang perghh banyak belanja betoii. Btw, thanks abah and mak. Memang habiskan duit mak ayah betulkan aku ni. eheh.

Oh ya, kami tinggal di homestay kami. TUAH HOMESTAY. Abah ada buat bisnes homestay cooperate dengan saudara dekat sana. Awalnya buat rumah supaya senang nak tinggal bila balik kampung, but then namanya otak bisnes, cari rezeki buat homestay la. Sekarang Alhamdulillah dah empat buah rumah homestay berjaya dibina, 

Meh nak promote sket.









Tuah Homesta
3 bilik - rm170
2 bilik - rm140
1 bilik - rm80

Semua berhawa dingin srta 3 & 2 bilik disediakan ruang memasak. 
Utk maklumat lanjut, boleh hubungi : 
0126733145 Cg Zamri


Iklan jap. Eheh apa salah promosi ann.
Sambil tu kalau ada merancang nak bercuti dengan keluarga dekat Melaka ni apa salahnya berhomestay sekali sekala, senang boleh masak, more space. Aircond pun ada...
At least, boleh tahanlah dari hotel bajet.Kan? Eheh suka hati.

Memang takde apa nak cerita sebenarnya, kepala blank sebab banyak sangat tidur dalam perjalanan balik. Esok balik sekolah. 

Homework? 
Study?
Terjun gaung!

Monolog #2 Hampa.





Dengarlah duhai insan diluar sana,
Aku hanya insan biasa, 
yang bergelar manusia,
Sungguh banyak hina dan cela,
Yang kadang aku sendiri terleka,
dek indahnya dunia.

Dengarlah duhai insan semua,
Aku kadang muda alpa,
dengan bait kata-kata,
yang mungkin aku sendiri utara,
Lantas menghimpun benak duka,
Menyusun onak lara,
Merungkai seribu penyesalan.

Denai hujan semakin menimpa,
akan hati yang semakin hampa,
Hampa..... Hampaa.....