Roh Mujahid

Bismillahirahmanirahim.

It has been a while since my last update on blog. Alhamdulillah, Allah ketuk hati ni untuk teruskan menaip dan memberi. Akan terkilan dengan diri sendiri sebenarnya tatkala ingin mencoret balik wadah-wadah hati yang kini bercampur luka dan lara. Aku sendiri kadang dalam keadaan sedar terluka dengan kerenahku sendiri, masakan tidak,seorang yang kononnya bergelar daie, tapi tidak mampu untuk  menghalang mahupun membawa manusia kepada Tuhan. Sumpah silap besar. 

Di saat manusia lain dihimpun untuk mendengar lagu-lagu lagha , atau boleh terus menjurus kepada dosa, aku rasa sehina-hinanya apabila hanya mampu lari daripada keadaan untuk menjaga iman, sedangkan mereka yang  sedang menadah telinga untuk perkataan-perkataan yang tidak memberi secalit manfaat itu perlu juga  dijaga imannya. \

Sedih. Sebak. Sepi.

Pabila salam yang dilemparkan tidak disahut kembali. Ajakan demi ajakan diberi, namun tiada kaki pun yang ikut sekali. Kadang aku sedih melihat diriku sendiri, kerap tersadung dalam jalan ini, perlukan masa yang lama untuk pulih kembali, walhal jalan dakwah ini perlukan kader-kader mujahid yang laju. Laju! Berjiwa gentar dan memang tiada kata putus asa. Futurnya pula takkan kerap dijadikan alasan dusta.

Jangan pernah berpaling. Terus dan terus.

Terus berbuat dan setia. Perjuangan ini perlu diteruskan, bukan jeda, bukan titik noktah. Tetapi perlu fast forward kepada pembinaan bangunan manusia yang lebih utuh dan kukuh. Cuba bayangkan bagaimana perjuangan Rasulullah dahulu, yang membawa agama yang lain daripada penduduk sekeliling. Dianggap sesat. Dianggap gila. Dianggap sihir. Rasulullah bermula daripada seorang sehingga sekarang berkembang manusia yang dilahirkan Islam. Mana sifat syukurmu? Dimana sifat balas budimu?

Perjuangan perlu diteruskan wahai mujahid. Ikhwah wa akhwat, terus memacu dan laju dan jalan ini. Biarpun ada yang jatuh dan luluh, tapi pastikan yang jatuh selamanya itu bukan kita. Jalan ini panjang. SUMPAH PANJANG. Tapi kita semua tahu disebalik jalan yang berduri ni, adanya cahaya yang membawa ke syurga. :)