Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tujuh Belas

Assalamualaikum,
blog yang sudah bersarang bukan kepalang, Alhamdulillah dapat diupdate dalam masa 5 minit yang diberi. Jadi disini, saya just nak share something that InshaAllah will wake us up in just a few words.

Baru-baru ini, saya sudah officially tujuh belas tahun. Dan apa saya rasa ialah semakin bertambahnya angka saya, semakin berat tanggungjawab yang perlu saya pikul.
Bukan sambutan saya mahu, namun tarbiyah saya perlu.
17 tahun, terlalu banyak dosa yang dipikul.

Senyum

Throwback Holiday


Assalamualaikum wbt,
maaf kerana sudah lama tidak menghapdet, semasa saya menaip kisah ini saya sudah berada di asrama. Alhamdulillah, sempat juga saya bereskan segala benda walaupun banyak barang hilang. Redha jelah, semoga ada ibrah disebaliknya.

Saya kali ni bukan nak cerita tentang dua dunia(rumah & asrama) memandangkan sekarang dah lewat malam, saya hanya akan mengulas atau membuat kesimpulan, rumusan sedikit berkenaan dengan cuti panjang kita. And of course, for those yang masih bersekolah tu, macam mana cerita holiday hang?

HAhaha btw, cuba kita imbas kembali atau orang omputih kata throwback kembali bagaimana holiday kita?
Adakah masa cuti panjang kita berbaloi?
Atau sekadar sia-sia?

Saya taknak mengulas panjang mengenai cerita cuti saya atau cerita cuti anda, tapi saya nak mengulas mengenai cerita cuti kita?

Apakah cuti ini telah mendekatkan kita dengan Tuhan?
Bagaimana pula dengan tadabbur Al-Quran?
Adakah solat kita sengaja melengah-lengahkan?
Seronokkah kita berukhuwwah fillah dengan jiran?
Rasa hibakah kita dengan musibah yang ummah sekalian?

Ayuh, muhasabah. 
Saya coretkan nukilan singkat ini, 
untuk kita berfikir sejenak
mengenai masa kita dengan Tuhan
dan sumbangan kita kepada ummah.

Saya tak sempurna,
juga kamu...
Namun saya hanya menyampaikan apa yang patut saya sampaikan.
Sekian sampai disini sahaja bual bicara.
Assalamualaikum dan selamat malam!

Sentuhan Kalbu : Rapuh

Assalamualaikum wbt,
Saya taknak cerita apa-apa hari ni tapi just nak anda semua fahami lirik dibawah ni. Mungkin selama ni kita dengar sahaja lagunya tetapi tidak memahami mahupun menghayati bait-bait lagunya.InshaAllah, kali ni saya nak kongsikan lirik lagu Rapuh oleh Opick. I guess semua orang dah biasa dengar lagu ni. Apapun, kita dengar dan fahami ya. 

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Kuasa Doa



Assalamualaikum wbt, 
Alhamdulillah saya diberi ilham untuk bercerita sedikit berkenaan dengan doa. Saya tak mahu berlengah lagi kerana saya telah menyimpan keinginan untuk berkongsi perkara ni setelah sekian lama. Sebelum tu saya nak tanya, pernah tak anda ada dalam satu situasi dimana anda teringin sangat perkara tersebut sehingga satu hari cita-cita anda itu tercapai. Majoriti pernah bukan?

Alhamdulillah, saya disini bukan nak bercerita panjang atau bertazkirah ke apa mengenai doa, sebab saya ni bukan arif bab-bab ni, but actually saya nak bercerita sedikit tentang doa ni kerana saya sangat tersentuh dengan cerita seorang sahabat saya. Namanya saya rahsiakan, tapi saya panggil dia sebagai cik J. hehe

Apa yang saya sangat berminat dengan cik J ni, ialah doa. Saya dapati dia selalu berdoa, about everything and sometimes bila keadaan tak menyebelahkan dia, dia kan selawat ke atas nabi. Eleh, tu je? yes, tu sahaja. Tak hebat ka? sangat hebat bagi saya. Kerana mungkin bagi anda semua itu semua nampak macam ritual or ibadah biasa je, but no, what i've found out from her stories are everything jadi clear. Kalau ada masalah, cik J ni akan amalkan 2 perkara ni, and 'pop' alhamdulillah Allah gave her solution from every problem she had. Indah bukan?

And saya ada satu kisah juga, dimana saat inilah saya sangat tersentuh dengan kuasa Tuhan. Walaupun mungkin perkara ini kecil sahaja. Waktu itu, saya masih sekolah rendah, sekitar umur 8 tahun mungkin. And ada satu moment tu bila ada praktis amali solat,and it's just amali tau, ajar macam mana kedudukan dalam solat and so on. At the end of the amali, ustazah suruhlah kami berdoa, kerana seusai solat disunatkan berdoa. Ustazah asked us to close our eyes and pray whatsover we want. And don't tell anybody about our prayer. Yeah, and I did. And, you know what I had pray for? Saya berdoa supaya saya dapat beli komik Detective Conan. Ahh, ketika itu masih kecil, memang benda tu je dalam kepala. eheh,jangan terkejut I'm one of the big fan of that anime.

Selepas je balik daripada sekolah, mak saya bawa saya ke kedai buku, and you know what, at that time jugak, mak saya belikan saya komik Detective Conan. And it's my first time actually waktu tu dapat beli komik, and dengan bahagianya saya bagai disinari lampu spotlight. Masa tu tersangat happy and I kind of sangat bersyukur. Bukan semata-mata sebab dapat komik tu, but actually saya sangat terkejut, suprise sebab Allah makbul doa saya. Hari tu juga Allah makbulkan. And that is my first moment dimana itu saatlah saya percaya Allah itu Maha Mendengar. And that time jugak, saya sangat malu dengan diri saya sebab waktu zaman jahiliah dulu which mean my past days, berdoa tu bukan sejenis rutin dalam hidup saya. And that time, Allah buka mata saya, walaupun mungkin itu hanya perkara kecil but itu dah cukup untuk menunjukkan kebesaran Allah.

“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan KU-PERKENANKAN bagimu”. [Al-Mu’min 60].

Ada banyak sebenarnya lagi kisah-kisah saya yang dimana saya rasa sangat menakjubkan, mungkin boleh saya ceritakan disini, InshaAllah kalau saya rasa tak keberatan. Emm,... kali ni perihal ni berlaku waktu saya Tingkatan 2 tak silap. Yes, and that time I've struggling for something kerja kayu and I hate it much. Waktu tu, saya diminta untuk memotong kayu. Kayu tu dah diketam, (betulkah ayat ni?Eheh) . 
And tapi disebabkan kelembikan kecergasan saya yang lemah ni saya sangat susah nak gergaji kayu tersebut. sangat susah. And that time, I just think, I can't sigh. Then I relax and I keep on salawat. Baca selawat sikit and baca 'rabbi yaasir wala tu'assir'. And I don't know how, bila saya pegang gergaji and want to start gergaji tu, my hand just like bergerak sendiri tau. and macam dalam sekelip mata je, kayu tu dah terputus dua. And I be like, woahh. Tengok tangan sendiri and tengok kayu yang jatuh atas lantai tu and tengok tangan balik. Gulp. Speechless. Biidznillah. 
That time I be like, sangat terkejut mak aii. Sumpah, ini kisah benar. Tak tipu k. Takde maknanya nak tipu kalau bab perkara macam ni.

And after that, Alhamdulillah,Allah bukak hati saya and saya mula mengenal cinta Allah one by one. And kadang memang saya pernah doa saya lambat diperkenankan dan ada itu langsung tidak diperkenankan, dan bagi saya bukan menjadi satu masalah sebenarnya, sebab saya tahu Allah memberi yang terbaik kepada hambaNya. Ada satu ketika itu, saya meminta untuk nak tukar 'something' but I ended up jugak dengan benda sama, and pada awalnya I be so stress about that, but bila fikir semula, itu sebenarnya cara Allah bagi hidayah kepada saya. Kerana saya staylah, saya kenal Allah.Saya dapat tarbiyah and kenal dengan orang-orang yang sangat heibat ukhuwwahnya. Alhamdulillah, Allah beri yang terbaik kepada hambaNya. Just have faith on Him, okay.

Well, actually ada banyak lagi kisah saya mengenai doa ni. Sangat banyak and kadang perkara yang mengejutkan saya sendiri. Emmm... perkongsian saya yang terakhir. Kisah ni berlaku tak lama dahulu, dimana waktu saya sudah berada di SESTER. hahaha should i tell about this story? Okay, ceritalah sikit. 
Dekat SESTER, ada satu board tu, which is takwim sekolah. Every school ada bukan? yes, and dekat takwim tu ada satu event tu, which is English Carnival Sester 2014. English Carnival tu National level upon SBP students. And every time saya lalu dekat takwim tu, hati kecil saya ni asyik berbisik,
"waah, seronoknya event tu"
" mesti best kalau dapat pergi...."
"Untunglah student yang dapat pergi tu."

And saya tak pernah berharap or terbayang pun dapat pergi sebab well english kot, macam poyo je nak pergi, diri sendiri ni punyalah gagap english and be like well tengok penulisan english saya macam mana, hahaha malulah kalau orang baca ni. Broken habis.

And tiba satu hari dimana, cikgu dah pilih dia punya Quartermaster or secretariat and so on. I means yang menjadi pembantu untuk English Carnival ni, and all of them memang pergghh hebat-hebat belaka. 
Hinggalah satu hari, Alhamdulillah, mungkin rezeki saya Allah perkenankan doa saya maybe, even doa tu bukan doa yang formal pun, i mean doa dalam hati je, 
tup tup masuk kelas je ada cikgu offer English Carnival tu, and saya sendiri tak tahu kenapa dengan cepatnya saya menulis nama saya. And officially I become one of the participants. Ahh, tak sangka. Four participants termasuk saya, and Alhamdulillah I gain many ilm' , new experience and friends from all over the SBP. Berkat daripada doa, Allah Maha Mendengar and Allah sebenarnya sangat dekat dengan hambaNya.

“Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka Hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahKu dan Hendaklah mereka beriman kepadaKu”. [Al-Baqarah 186].

InshaAllah, saya ada banyak sangat sebenarnya nak cerita. Kalau ada masa saya akan kongsikan lagi, mungkin pasal Sester maybe. Banyak sangat yang nak ceritakan, but overall semuanya berpaksikan cintanya kepada Allah.




Jadi, ibrah (pengajaran) yang kita peroleh disini ialah make sure untuk sentiasa berdoa kepada Allah, and after that kena ada usaha baru dapat hasil. Apapun, jangan lupa untuk bertawakal kepada Allah. Kerana kita semua tahu, Allah sebaik-baik perancang.

That's all from me, chenta daripada Maliihah Nur.

Cintakah kita?

Credit



Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah Jumaat yang pertama pada tahun 2015. Sayyidul Ayyam, penghulu segala hari yang disusuli dengan barakah dan rahmat daripadaNya.
Before that, anda semua dah berkahfi belum? Well, umum tahu bahawa surah Al-Kahfi ini dibaca untuk mengelak fitnah dajjal. MashaAllah, hebatnya ayat-ayat Allah.
Anyway, bukan itu yang saya nak bincang untuk kali ini. InshaAllah di lain masa saya akan kongsi kelebihan dan sunnah-sunnah di hari Jumaat. InshaAllah.
Eh, sebelum ni saya nak tanya, anda tahu tak esok hari apa?

Jeng Jeng Jeng!

Ya, tepuk tangan untuk semua. Esok birthday Nabi Muhammad saw.So, kita cinta tak Rasulullah? Apa bukti? Anda boleh bagi bukti? Kalau setakat kata “Saya cinta Nabi Muhammad saw” , tak itu tidak mencukupi. Kenapa pulak Maliihah? Seperti Ustaz Kazim Elias pernah beritahu ,
 “ Love is not a word, it’s a verb.”
Adakah anda faham? Hahaha. Disini saya nyatakan bahawa kalau cinta itu bukannya hanya sebutan, tetapi melalui perbuatan. Ya, perbuatan ialah menerusi berselawat ke atas Nabi Muhammad saw dan mengikuti sunnah-sunnah baginda. Tak, saya tak cakap saya cukup sempurna, saya buat semua sunnah baginda, tidak. Saya manusia biasa. Namun, saya seru anda semua dan diri saya sendiri supaya melakukan sunnah baginda.
So, kalau tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua. Berehhh? Hehehe

Acane nak buat sunnah Rasulullah ni. Saya bagi tips paling mudah ya, iaitu membuat checklist. Yup, checklist. Starting anda bangun tidur hingga anda tidur semula. Anda, eh tak, kita. Ya, kita . Maksud saya, kita seharusnya bila bangun tidur terus buat sunnah Rasulullah, apa? Baca doa bangun tidur, and lepas tu apa, mandi masuk bilik air semua tu. Masuk dengan langkah kiri dan sampaikan sikat rambut pun nabi ada tunjuk caranya. Indahnya, hidup berteraskan mengikut sunnah Nabi. MashaAllah.

Tak kenal maka tak cinta bukan? Ya Allah, memang kita tak kenal Rasulullah tetapi kita kenal personaliti baginda, sikap baginda, apa lagi yang boleh buat kita tak boleh mencintai kekasih Allah ini. Sunnah paling mudah yang boleh kita ikut, SENYUM. Ya, senyum. Mudah sangat. Alhamdulillah, di sekolah saya, pada awal orientasi kami telah diajar supaya apabila berjumpa dengan orang, senyum. Senyum… dan selepas tu saya rasa hubungan saya dan rakan-rakan saya semakin rapat. Hanya kerana sunnah baginda ini, Allah bagi keberkatan di situ.

Ini belum cerita tentang Nabi Muhammad sendiri, yang mencintai umatnya. Bayangkan, Nabi Muhammad mencintai kita semua melebihi kita cinta kepada diri kita sendiri. Memang, tak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai Rasulullah lebih dia mencintai dirinya sendiri. Perkara ni pernah berlaku pada zaman Rasulullah dahulu, ketika Saidina Umar ra berbicara dengan Rasulullah saw tentang perkara ini.

Kalau nak cerita tentang Nabi Muhammad saw ni memang tak akan pernah habis. Sangat banyak dan sangat sayang nak tinggal mana-mana pun tentang Nabi Muhammad.

Anda semua, cintailah Nabi. Kenalilah Nabi. Dekatilah Nabi. Pernah tak anda menangis kerana merindui baginda? Baginda pernah menangis kerana mengingati nasib umat dia, kita ni malu kadang apabila nak bercakap tentang nabi. Ada antara kita bila nama nabi Muhammad disebut, langsung tidak endah. Tidak menyambut dengan salawat ke atas baginda. Tahukah anda, kita dianggap sombong jika tidak menyambut nama nabi dengan salawat. Allahu.

Kalau bab main artis korea or anyone, perghh bukan main bising lagi gamaknya. Ada tu sampai menjerit kalah high note budak iklan maxis, melebih pulak. Bukan apa, sekarang apa yang saya dapat lihat sendiri dengan mata saya dan berdasarkan pengalaman saya sendiri, macam mana seseorang tu boleh addicted sangat dengan artis ni sampai tahu everything tentang biodata orang tu, yelah even si artis tu bukan kenal dia pun, tahu everything. I mean dia punya darah type apa, tinggal dekat mana, dulu belajar sekolah mana. How his/her life from born till present. Siyesly, bukan nak kutuk ke apa, since sebenarnya nak tempelak diri sendiri kot, tapi still malulah skit. Kita ni Islam, kalau tanya tentang Rasulullah, mungkin tentang tarikh lahir Rasulullah, boleh la dah mainstream, hafal bukan. Tapi, kalau tanya Rasulullah saw punya isteri berapa? Or cuba bagi skit nama anak-anak Rasulullah, masih ada yang tergagap-gagap. Emmm emmm…

Ehem, tugas kita dekat sini. Saya tujukan perkara ni terutamanya buat diri sendiri. Kalau diri ni masih belum sempurna cinta kepada Allah dan Rasulullah saw, jangan nak terhegeh-hegeh or nak cari cinta manusia lain. Takde maknanya. Hahaha terkesan ke diri sendiri.
Banyak sangat lagi nak cerita pasal insan agung ini, InshaAllah, saya sambung pula kemudian hari. Wallahua’lam.