Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Benih Baharu


Setiap hari membaja benih baharu,
Menebarkan benih seantero benua,
biarpun ada benih yang mungkin tak tumbuh,
ataupun tumbuh dimakan kumbang,
mungkin juga layu dek nutrisinya kurang,
biarkan ia layu.

Setiap hari aku akan membaja benih baharu,
memang aku membaja bukan untuk dijaja,
bukan pula untuk sekadar perhiasan semata,
tetapi apa yang akan aku dapat daripanya.

Mungkin aku akan peroleh pokok yang berbuah lebat,
walaupun menunggu masa yang begitu lambat,
tatkala angin dan hujan yang begitu lebat,
akan ku tunggu sehingga aku dapat.

Aku gembira kerana penantianku,
mungkin ia makan banyak masa,
mungkin ramai yang akan berputus asa,
tapi tidak bagiku,
akan ku terus tunggu,
dan menabur benih baharu,
sehingga aku sendiri terharu.

Begitu kehidupan ini,
akan sentiasa aku singkap,
dan meneruskan perjuangan dakwah ini,
biarpun mungkin tidak membuahkan hasil,
atau kadang terpalit keperitan,
atau tercatit segala kedukaan,
kadang aku sendiri yang perlu dipersalahkan,
mana mungkin dengan diri yang banyak kekurangan.

Namun begitu masih ada yang menunggu,
mungkin dua tiga kata yang terselit di kalbu,
mungkin dengan dua tiga kata ini,
mampu membina satu kehidupan baru,
yang lebih hebat dan jitu,
untuk perjuangan Islam yang dituju.

Sebarkan dan terus sebarkan.
Benih baharu itu.




p/s : Saya bukan budak sastera. Bye

0 wartawan: