Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monolog #1 : Aku hamba marhaen.


credit




Assalamualaikum wbt, akhi wa ukhti. Alhamdulillah after such a long period I'm not blogging, seriously for about a month I'm not updating stories. Sorry gais. Mohon tolong carik sendiri bulu ayam bersihkan sikit blog yang penuh habuk hambar ni. Ahaks.

Kay, I'm not gonna to say much about any particular things, because I don't know why but maybe because too many things happen that I can't clearly tell everything.Terima jelah heh.

Well, Ya rabb. I don't know how to explain it. Aku sendiri pun tak tahu macam mana Rasulullah boleh lalui semua ni, seorang diri. Hebat. Memang hebat, daripada diri baginda keseorangan. Kerana Allah semata. Kerana Allah yang suruh. Kerana ini semua arahan Allah. Kerana takut akan Allah.

Maaf, aku bukan nabi. Aku juga bukan malaikat. Aku tak sempurna. Aku mungkin laksanakan legasi Rasulullah ni dengan banyak cela. Sangat banyak. Kadang aku sendiri pun frust dengan diri aku. Aku tanya mana keikhlasan yang perlu dibawa sepanjang berdakwah. I'm asking myself everyday.

Law kana bainana. Waheshna Ya Rasulullah. Sungguh, aku mungkin bukan orang yang terbaik untuk menyampaikan, malah sungguh masih ramai di luar sana yang hebat pertuturannya, ilmunya jauh malah lebih jauh tingginya, akhlaknya semulia seorang daie yang sepatutnya. Maaf, aku cakap aku tak sempurna. Maaf, mungkin kerana ketidaksempurnaan aku ini, mungkin aku menjadi fitnah kepada agama, aku tidak menunjukkan apa itu ISLAM. Sumpah, aku minta maaf. 

Tapi, aku mencuba. Aku tak kisah walaupun mungkin bahasa aku mungkin agak kasar, tambah lagi dengan boloknya, tambah lagi dengan pelatnya mungkin. Aku tak sempurna. Akhlak aku tak menunjukkan apa yang patut seorang muslimah tonjolkan. Tapi aku cuba. Aku cuba sedaya upaya aku untuk menjaga, pandangan, atau mungkin ikhtilat. Mungkin, kadang aku tersasar. Mungkin jauh tersasar, tidak pertahankan apa yang aku patut pertahankan. Tak perlu hukum pakaian aku. Labuh mana tudung aku, jangan salahkan pemakaian aku. Kerana itu salah satu cara untuk aku pupuk diri aku untuk jadi lebih baik. Supaya aku selalu peringatkan diri aku ni bahawa aku sekarang sedang membawa imej Islam. 

Mawar berduri, 
Ya, muslimah ini boleh dianggap sebagai mawar berduri. Cantik mata memandang. Tapi bukan senang untuk dipegang, bukan senang untuk disentuh. Kekal teguh dengan prinsipnya. 

Aku, hanyalah hamba marhaen, aku bukan sesiapa, tapi ayuhlah wanita diluar sana. Adakah kita wanita yang didambakan syurga? Adakah kita miliki ciri-ciri wanita yang Rasulullah naikkan martabatnya? 


fuhhh... maaflah kalau ada terkasar bahasa. Seriously, this is the serious monologue that i have told before, maaf atas penggunaan 'aku' untuk mereka yang lebih tua. Sekian. Terima yang baik buang yang buruk.

0 wartawan: