Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Travelog Daie : Ohaiyo Osaka (Part 3)


Assalamualaikum.

MashaAllah, lama gila tak update blog. Minta maaf kerana buat semua tertunggu-tunggu bagi post kali ni. Saya nak sekali tunjukkan kepada anda semua video yang saya buat tu, tetapi memandangkan saya ni budak baru belajar kan, jadi nak buat video ni makan masa lah pulak.
Hehehe, memandangkan sekolah pun dah nak masuk (even dah tamat sekolah) dan tahun baru hamper menjelma, lebih baiklah saya sambung pengalaman saya ini, supaya selepas ni mudah sikit nak buka chapter baru. Betul tak?
Bismillahirahmanirahim,
Berjalan di bumi Allah, melihat kebesarannya. Itulah salah satu tujuan kita digalakkan untuk menjelajah muka bumi ini. Di mana sahaja kita berada, pastikan niat untuk beribadah kepada Allah. Even dalam Al-Quran ada menyentuh mengenai perkara ini.
Tajdid niat, aku nak jelajah bumi Allah dan menyebarkan risalah-Nya.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan:

Seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.” 
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

Alhamdulillah, Allah telah beri saya peluang untuk berjumpa dengan orang-orang yang baik-baik. Mereka menghormati ajaran Islam dan membuka peluang kepada saya untuk menerangkan mengenai Islam.

Ada satu ketika dimana saya melawat ke sekolah Aguri-Chan, (sekolah rendah). MashaAllah, sangat seronok. Kebanyakan mereka di sekolah tersebut memang tak banyak pun fasih berbahasa Inggeris termasuk gurunya sendiri. Disebabkan pelajar-pelajar di sini masih tidak belajar bahasa Inggeris sehingga memasuki sekolah menengah.

Walaupun begitu, kedatangan saya disambut meriah oleh budak-budak tu. Tarik sana, Tarik sini. Lili-chan ! Lili-chan! Saya hanya mampu ‘haiyk, haiyk’. Komunikasi kami terbatas mungkin daripada segi bahasa, tetapi tidak melalui hati. Saya dapat merasai keikhlasan mereka dalam menyambut saya.

Mereka siap membuat pelbagai persembahan, Doraemon, games dan macam-macam.






during the Japanese class on the 6th Grade class,
I made this myself. Huwaa.

Hingga satu ketika, ketika saya berada di PE class (kelas pendidikan jasmani) bersama Grade 6, ada seorang budak lelaki ni, bila teringat balik dia ni, kelakarlah pulak. Dia banyak cakap. Cakap tak henti-henti. Dia sangat teruja melihat perempuan bertudung di hadapan dia. Itu kata-kata translator (anak pengetua) kepada saya.

Until one moment, dia minta nak berhigh-5 dengan saya, Saya ambil langkah selamat, I gave him ‘NO sign’ in a polite way. And he kind of a surprise.

“Heeehhh??!” sambil tangan dia menarik pipi ke bawah.

Terkejut sangat ke budak ni? Hahaha senyum je yang mampu saya bagi. Memang kelakar jugaklah situasi tu bila dia asyik bertanya sama ada dia sebenarnya boleh sentuh dengan lelaki atau tidak, dan saya ni boleh sentuh sesame wanita atau tak.

Of courselah boleh adik weii. Ketawa je yang mampu.

And I told him about how the real situation is really is.
“If you want to touch me, then you need to become my husband first” Joke.

Well actually, dia seorang peminat USA, tak minat dengan artis Jepun ni, so dia banyak tahu pasal negara US. Tiba-tiba, dia buat aksi menembak. Tembak sana, tembak sini.
Saya faham apa maksud dia,

“Islam is a peace religion. We do not like kill and murder.” Nada saya sedikit tegas
“ISIS.” Katanya.

And I guessed that they know what ISIS is really is, and they know how to differ between ISIS and the real muslim.
Ini buku Biology Form 5

Hmm, saya taknak cerita panjang mengenai pengalaman tu. 
Apa yang paling tersentuh bagi saya sepanjang saya berada di sini ialah Al-Quran.
Salah saya pada awalnya kerana saya tidak memperkenalkan Al-Quran kepada keluarga angkat saya, saya fikir tak perlu gopoh, tak perlu memaksa.
Walhal, sebenarnya Al-Quran ialah elemen terpenting.
Bagaimana tidak, Al-Quran. Al-Quran kot. Satu-satunya kitab yang tiada keraguan padanya. Apa lagi nak ragu-ragu. Sampai sekarang aku menggeleng. Menggeleng tanda "mengapa aku tak guna secret weapon tu awal-awal"

Sebelum tu, saya tak pernah pun bercakap mengenai Al-Quran.
Saya hanya letak Al-Quran yang saya bawa ke sana atas sebuah rak di rumah. Sentuh, tapi bukan untuk pengetahuan dia.
Sehingga satu hari, saya kata kepada diri saya sendiri yang saya perlu kuatkan semangat. Saya perlu sebarkan juga walau macam mana sekali pun.

Saya bingung. Saya tak tahu macam mana nak mulakan.
Tingg...Light bulb. 
I let the Quran talk by itself.How?

"Kaasan, may I have you a favor?" 
"yes, dear."
"Emm... can you spare about 40 sec, I want you to listen something."
"Sure." Muka senyum , ternanti-nanti.
Saya beri dia earphone, saya pasang surah Al-Mulk yang dibaca oleh Muhammad Taha al-Junayd. Saya pasang surah Al-Mulk kerana surah ini mengenai 'kerajaan'. Ya, kerajaan milik Tuhan. Milik Allah. Dan kepada siapa lagi yang perlu kita sembah melainkan Dia.

Seusai dengar,

"Well, what do you think?"
"Ahh, is it what you always recite during your prayer?"
"Kind of. It is the verse from the Quran."

and then I showed her the Al-Quran of mine,
" Ahh, Quran . I know about it. It is calm and the sound looks like a bit sad. It like the song from the India."
" Do you always read like this during your prayer?"
Masa tu saya hanya mampu ketawa.

"No, I just recite it with normal tone." Chuckled. Hampeh betul si Maliihah ni. And then, I told her that I always used to hear that when I'm stress and when I want to memorize something. 
Ayat selamatkan.

Saya tak cakap panjang lepas tu. Saya fikir cukuplah. Saya taknak memaksa. Saya juga bukan orang yang banyak sangat ilmunya.Perbualan kami berhenti sampai disitu mengenai Al-Quran since saya cakap saya nak dengar bacaan Al-Quran sejurus daripada tu. Saya fikir ia berakhir begitu sahaja.
Tetapi, rupanya berlainan.
"Woah, there are so many marks." matanya seperti terpukau dengan tafsir Al-Quran yang saya letak atas rak.Banyak penanda katanya. Saya sengeh. Sengeh je. Saya ingat itu hanya satu pujian, bukan bermakna satu ayat yang seperti, ' apa disebalik Al-Quran tu.'
Saya baru tersedar mengenai perkara ni, ketika kami dah hampir nak berpisah. Masa tu, kami bersedia untuk menaiki kereta api untuk pulang ke Osaka. Tak tahulah, waktu tu agak kalut, saya organize balik semua barang-barang saya yang ada dalam bagpack saya, dan saya letakkan Al-Quran atas meja.

Tengah-tengah sibuk menyusun ni, tiba-tiba.
"Lili-chan, can I take a look?" Dia point kepada Al-Quran.

Saya macam, Yes. Of course. Yes.
Buka Al-Quran, lihat ada tulisan arabic.
"You can read this? You can read all of this?" She asked me. I just nodded.
"So, what is the meaning behind this(sambil tunjuk kepada ayat ini dan ayat itu."
"Well actually, this is the noble book that were given to us. All of these are the words from Allah. These are the words from God. The Quran was given through the messenger of Allah, Prophet Muhammad pbuh. About more than 1400 years ago.... " I gave her some details about the Quran.
"Well, here there is also a verse about the Muslims should treat nice to non-Muslims." Sengeh lagi.
Hati saya berdebar since dia buat inquiry dan curiosity tu kuat. Saya tak tahulah kenapa saya gelabah sangat, (hahaha tak boleh pakai betul budak ni).
Mata saya tertumpu kepada satu ayat,
"And this is about paradise. It says that in paradise, we can have sakee(one kind of beer in Japan)" I ended up with a factual thing, since masa waktu tu sangat mencemburui kami. 3.30 petang, tiba masa untuk bertolak ke Osaka.
Kami terpaksa menutup kitab suci tu disebabkan kami sebenarnya dah terlewat untuk perjalanan. Saya fikir nak beri sedikit penerangan tetapi apakan daya,,
"Interesting." Kaasan balas. Muka dia menunjukkan bahawa dia ingin lebih tahu mendalam mengenai Al-Quran. 

Itulah hari terakhir kami bersama. Air mata, tak payah nak cakap ahh betapa sebaknya saya ketika itu. Sedih,sedih untuk meninggalkan keluarga ini. Mereka telah menjaga saya dengan baik, belanja apatah lagi, nak dikatakan keluarga Kaasan ni bukannya tergolong dalam kalangan orang berada pun.
Berlapis-lapis baju dia bagi saya pinjam, takutnya saya ni kena demam. Waduhh, Kaasan terima kasih banyak-banyak.

It is nice experience for me, satu anugerah daripada Allah untuk beri saya kekuatan dan semangat, supaya tegakkan Islam di muka bumi ini. Sebagai persediaan untuk saya untuk hari akan datang.
Dia ada sediakan sebuah photo album untuk saya.
Pada awalnya, saya ingin berkongsi kepada anda semua.
Tapi rasanya cukuplah sekadar gambar-gambar dibawah sebagai lampiran travelog ni. 


this is only surau I found during in Japan. This is located at Kyoto Tower.

Kobe Zoo

Nasi Goreng, I made it with Kaasan at home.


Halal Bento. Oishii~



nak apa? aiskrim, air panas, air sejuk. Semua tekan jah.


Saya rasa sampai disini sahaja perkongsian saya. Mungkin tak banyak sangat saya boleh kongsi, dan bukan semua pengalaman saya ceritakan. Ada juga yang perlu saya rahsiakan atas sebab yang tertentu.

saya harap perkongsian saya yang tak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada semua. Ini sekadar pengalaman amatur saya, saya bukan sesiapa, manusia biasa. Yang buruk dijadikan sempadan, buat benteng sebesar-besarnya, dan kalau ada sebarang teguran, bolehlah sampaikan. Dan jika ada yang baik, bolehlah dijadikan tauladan kerana ini semua kuasa Tuhan. Apa kebaikan yang ada ini ialah daripada Allah sendiri.

Sampai disini sahaja travelog saya InshaAllah. Tunggu saya untuk travelog seterusnya. Cewahh. Kalau ada rezekilah.

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti program ini bolehlah berhubung dengan Hiroshima International Club Kuala Lumpur.

Sayonara~.



0 wartawan: