Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Travelog Daie : Ohaiyo Osaka (Part 2)

Assalamualaikum !

Maaf dan maaf sekali lagi sebab saya dah lama tak update. Nak siapkan report punya pasal, sekarang masa untuk post sahaja.
Saya sebenarnya ada sediakan sebuah video, tapi disebabkan saya ini budak baru belajar, jadi video tu masih dalam proses. Maaf la ya.
Salah satu sebab saya nak travel ni ialah, saya nak sebarkan Islam. Dan yang keduanya, pelik tak kalau saya kata disebabkan saya tertarik dengan iklan musafir dekat TV AL-Hijrah tu? Hahaha. That’s why.

Bismillahirahmanirahim,
Saya takkan bercerita mengenai perjalanan saya satu demi satu di sana. Cukuplah dengan laporan itu saya ceritakan segala-galanya. Di sini saya hanya ingin berkongsi mengenai bagaimana hidup sebagai seorang muslim di sana, dalam ramai-ramai manusia di luar sana, saya seorang sahaja yang menutup kepala.

Di Sanda City ni, saya tak tahu berapa peratus je muslim, mungkin hanya saya.

Soalan pertama saya ajukan kepada ibu angkat saya, Kaasan,
“Pernah jumpa tak Muslim sebelum ni?”
Dia cepat dia menggeleng. Itulah pertama kali dia berjumpa dengan seorang penganut agama Islam. Di depannya pada ketika itu, seorang gadis yang memakai penutup kepala, aneh mungkin baginya.
Hari pertama, berkenalan dan berkelah. Visit Osaka-j0. Menarik. SUGOII, bak kata orang Jepun. Hehehe.


Saya belek jam tangan, jam dah menunjukkan pukul 1.00 tengahari. Zuhur dekat sini dah masuk sejak sejam yang lalu. Tiba-tiba, saya teringat pesan mak,
“ Bila kita jaga agama kita, mereka respect dekat kita.”

Saya senyum. Pantas saya berkata kepadanya,
“ I’m sorry, well actually, I need to perform my prayer.” .
“Oinari?” sambil dia buat tangan macam agama Buddha.
“Ahh, yes. As muslims, we need to perform prayers 5 times a day.”

Dia seperti terpegun, katanya dia baru tahu tentang perkara ini. And she said, she should do more research about Islam then. How cute.

Alamak! Beg aku pulak tertinggal. Dahi ditepuk banyak kali.
Kompas, spray air, sejadah kecil.
Masa tu barang-barang untuk kelengkapan solat dalam beg. And bag pulak tertinggal.
But then, ini semua perancangan Allah. Dia nak bagi yang terbaik.
Saat tulah, saya kena ceritakan segala-galanya.
“ We need to take some wash at the certain part of our body before taking a prayer.”
Dia menghulurkan botol air kepada saya, agak sulit sebab di sana air tidak dibekalkan dalam tandas, tandas pulak mana boleh ada air menjejes-jejes. Mereka sangat mementingkan kebersihan lorh. And, I cannot simply uncover my aurah in front of the non-muslims. So, agak rumit disitu. Tapi akhirnya berjaya jugak.
Kompas takde. Pandang dia, sengeh.
“ Do you know where is west? “
“ West?” Dia bukak kompas dalam phone dia, and show me the direction.
Last sekali, tempat solat. I told her that I need a serene place, maybe a private place and of course clean.
Kami nampak strategik di belakang muzium. Okay call.

Kain sembahyang? Tak jadi masalah buk. Malah saya tak bawa pun kain sembahyang datang sini, sebab saya tahu, syarat sah solat ialah dengan menutup aurat dengan sempurna. So, apa yang membuatkan saya tidak menutup aurat dengan sempurna di luar solat?
Jadi, kan senang kalau dah tutup aurat, tak perlu susah-susah bawak telekung.  Baju longgar, tudung labuh, berstokin dan tidak jarang. Cukup lengkap. Jadi, solat tak payah nak tangguh-tangguh solat. Apatah lagi, dengan cara ini jugak, kita dapat mengelakkan  kesalahfahaman yang berlaku terhadap mereka non muslims ni, mereka menganggap bahawa solat perlu dilakukan dengan adanya telekung,. Maka mereka yang tiada telekung ini, tak mampu lagi untuk bergelar muslim dan menunaikan solat.Ada antara kenalan saya yang sanggup qada’ solat, disebabkan katanya tiada telekung. Maaf, solat jangan dibuat mainan sayang.

Start daripada perkara itu, Kaasan dan Marichan belajar banyak benda berkaitan solat. Even, sampai jamak dan qasar pun dia tahu. Hahahaha. Saya siap tanya dia tak mengapakah kalau tunggu sekejap sementara saya solat, dan dia cakap,
“ It’s okay. I found it so interesting! I really want to know more about your prayer.”
Saya senyum. Dia ada tanya mengapa saya menunaikan solat, untuk tidak memutar belitkan dan membuatnya menjadi simple, saya jawab
“ We believe in Allah, and the prayer is to show love towards Him, because He is The Ultimate Creator.”
Dia tanya lagi, bagaimana kalau tinggal solat. Tak boleh ke.
Untuk meringkaskan lagi, saya terus sebut pasal syurga dan neraka. Saya tak tahulah jawapan yang terus terang boleh dibawa pakai tak dalam konsep dakwah, tapi jawapan saya lebih kurang macam ni,
Kalau buat masuk syurga, kalau langgar masuk neraka.
Dan disitulah bermulanya,
Lepas daripada tu, dia mula prihatin terhadap saya, ada kalanya dia yang bertanya dahulu, sama ada saya sudah menunaikan solat ke belum, atau saya belum bertanya lagi, dia yang dahulu mempelawa.
Dalam nursery lab, dalam kelas kosong, dalam tempat changing cloth sehingga bilik pengetua.
Walau di mana pun kau berada, jangan pernah tinggal solat. Tak ada alasan untuk tinggal solat, disebabkan kononnya tiada surau ataupun masjid.  Di bumi dia, kau berpijak atas bumi dia, dan kau mampu lagi berkata ‘Nanti’, ‘ Qada’ .

Islam mudah tetapi jangan memudahkan.

To be continued………..


Maaf la kalau ada ayat yang pedas atau menyinggung. Kebanyakannya untuk refleks diri sendiri, dan kalau ada sebarang teguran dan pembetulan, boleh langsung dengan saya ye. Saya terbuka sahaja :D.
Kisah ini hanya sekadar inspirasi buat muslim di luar sana, daripada gadis amatur seperti saya.

Dan saya tak suka gambar saya dipublickan, d=so kalau sikit je gambar publish ni, maaflah ye. hehehe.


1 wartawan:

Nurin Aqilah berkata...

Masha Allah. Semoga Allah memberkatimu Maliiha. Nak baca lagi dan lagi. Menarik sungguh! Berdakwah lillah! :-)