Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monolog : Cuba

Aku kenal pandangan tu,
Pandangan yang kau beri kepadaku,
Pandangan penuh harapan,
Pandangan bersalut impian,
Supaya aku kembali seperti dulu.

Jangan fikir aku mengalah,
Aku kan sudah dewasa,
Kau juga yang kata.
Aku takkan mengalah,
Biar aku asyik rebah,
Biar aku sering kalah,
Dengan nafsu aku sendiri,
Tapi aku takkan mengalah,
Itu janji aku.

Aku kini mungkin tak sama,
Sepertimana pertama kali kita berjumpa,
Aku lebih baik, lebih molek,
Puji kau, seru aku jadi seperti dulu.
Ya, mungkin.
Tapi kau kena tahu satu.
Aku mungkin sahaja bisu,
Senyapnya seribu,
Tiada khabar indah menyingkap kalbu,
Hmph, aku sedang cuba kau tahu?
Cuba untuk kembali seperti dulu.





0 wartawan: