Pujukan

Bismillahirahmanirahim

Hidup ini memang penuh dengan kejutan. Kita takkan pernah sangka apa sebenarnya yang menanti kita dihadapan. Namun, itu bukan menjadi asbab utama kenapa kita perlu berhenti. I means , kenapa kita perlu berhenti daripada terus berlari, mencari dan juga terus berbuat. Jalan ini memang jauh. Sumpah panjang. Hanya yang berada di jalan ini akan mengerti dan faham apa yang aku cuba sampaikan.

Penuh dengan onak duri, Kelakar bila diri sendiri mengingatkan kepada hati, sedangkan diri ini belum lagi menggunakan sehabis daya, sehabis mampu untuk jalan ini. Ada ketika penuh dengan komentar, atau ada ketika ada masa dimana futur seakan merajai diri. Ada juga dimana ragu-ragu itu cuba menghinggapi diri ini kembali. Wahai mohon jauh.

Pengorbanan.
Itulah akhirnya menjadi titik tolak dalam jalan ini, lihat siapa di sini yang sanggup berkorban. Yang sanggup meletakkan masa yang sepenuhnya kepada Tuhan. Allah, bantu aku utk terus kekal. Ketika mana kau terus memilih dan menapis di kalangan kami untuk mencari siapa yang terbaik, bantulah aku untuk terdiri dalam kalangan itu

Buangkan gentar. Biarkan rasa takut itu hilang sendiri. Buat apa risau dengan manusia, sedangkan Allah kan ada. Dia akan selalu ada. Lihat sejauh mana kita.

Do your best! Yoosshh!

0 wartawan: