Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Cintakah kita?

Credit



Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah Jumaat yang pertama pada tahun 2015. Sayyidul Ayyam, penghulu segala hari yang disusuli dengan barakah dan rahmat daripadaNya.
Before that, anda semua dah berkahfi belum? Well, umum tahu bahawa surah Al-Kahfi ini dibaca untuk mengelak fitnah dajjal. MashaAllah, hebatnya ayat-ayat Allah.
Anyway, bukan itu yang saya nak bincang untuk kali ini. InshaAllah di lain masa saya akan kongsi kelebihan dan sunnah-sunnah di hari Jumaat. InshaAllah.
Eh, sebelum ni saya nak tanya, anda tahu tak esok hari apa?

Jeng Jeng Jeng!

Ya, tepuk tangan untuk semua. Esok birthday Nabi Muhammad saw.So, kita cinta tak Rasulullah? Apa bukti? Anda boleh bagi bukti? Kalau setakat kata “Saya cinta Nabi Muhammad saw” , tak itu tidak mencukupi. Kenapa pulak Maliihah? Seperti Ustaz Kazim Elias pernah beritahu ,
 “ Love is not a word, it’s a verb.”
Adakah anda faham? Hahaha. Disini saya nyatakan bahawa kalau cinta itu bukannya hanya sebutan, tetapi melalui perbuatan. Ya, perbuatan ialah menerusi berselawat ke atas Nabi Muhammad saw dan mengikuti sunnah-sunnah baginda. Tak, saya tak cakap saya cukup sempurna, saya buat semua sunnah baginda, tidak. Saya manusia biasa. Namun, saya seru anda semua dan diri saya sendiri supaya melakukan sunnah baginda.
So, kalau tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua. Berehhh? Hehehe

Acane nak buat sunnah Rasulullah ni. Saya bagi tips paling mudah ya, iaitu membuat checklist. Yup, checklist. Starting anda bangun tidur hingga anda tidur semula. Anda, eh tak, kita. Ya, kita . Maksud saya, kita seharusnya bila bangun tidur terus buat sunnah Rasulullah, apa? Baca doa bangun tidur, and lepas tu apa, mandi masuk bilik air semua tu. Masuk dengan langkah kiri dan sampaikan sikat rambut pun nabi ada tunjuk caranya. Indahnya, hidup berteraskan mengikut sunnah Nabi. MashaAllah.

Tak kenal maka tak cinta bukan? Ya Allah, memang kita tak kenal Rasulullah tetapi kita kenal personaliti baginda, sikap baginda, apa lagi yang boleh buat kita tak boleh mencintai kekasih Allah ini. Sunnah paling mudah yang boleh kita ikut, SENYUM. Ya, senyum. Mudah sangat. Alhamdulillah, di sekolah saya, pada awal orientasi kami telah diajar supaya apabila berjumpa dengan orang, senyum. Senyum… dan selepas tu saya rasa hubungan saya dan rakan-rakan saya semakin rapat. Hanya kerana sunnah baginda ini, Allah bagi keberkatan di situ.

Ini belum cerita tentang Nabi Muhammad sendiri, yang mencintai umatnya. Bayangkan, Nabi Muhammad mencintai kita semua melebihi kita cinta kepada diri kita sendiri. Memang, tak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai Rasulullah lebih dia mencintai dirinya sendiri. Perkara ni pernah berlaku pada zaman Rasulullah dahulu, ketika Saidina Umar ra berbicara dengan Rasulullah saw tentang perkara ini.

Kalau nak cerita tentang Nabi Muhammad saw ni memang tak akan pernah habis. Sangat banyak dan sangat sayang nak tinggal mana-mana pun tentang Nabi Muhammad.

Anda semua, cintailah Nabi. Kenalilah Nabi. Dekatilah Nabi. Pernah tak anda menangis kerana merindui baginda? Baginda pernah menangis kerana mengingati nasib umat dia, kita ni malu kadang apabila nak bercakap tentang nabi. Ada antara kita bila nama nabi Muhammad disebut, langsung tidak endah. Tidak menyambut dengan salawat ke atas baginda. Tahukah anda, kita dianggap sombong jika tidak menyambut nama nabi dengan salawat. Allahu.

Kalau bab main artis korea or anyone, perghh bukan main bising lagi gamaknya. Ada tu sampai menjerit kalah high note budak iklan maxis, melebih pulak. Bukan apa, sekarang apa yang saya dapat lihat sendiri dengan mata saya dan berdasarkan pengalaman saya sendiri, macam mana seseorang tu boleh addicted sangat dengan artis ni sampai tahu everything tentang biodata orang tu, yelah even si artis tu bukan kenal dia pun, tahu everything. I mean dia punya darah type apa, tinggal dekat mana, dulu belajar sekolah mana. How his/her life from born till present. Siyesly, bukan nak kutuk ke apa, since sebenarnya nak tempelak diri sendiri kot, tapi still malulah skit. Kita ni Islam, kalau tanya tentang Rasulullah, mungkin tentang tarikh lahir Rasulullah, boleh la dah mainstream, hafal bukan. Tapi, kalau tanya Rasulullah saw punya isteri berapa? Or cuba bagi skit nama anak-anak Rasulullah, masih ada yang tergagap-gagap. Emmm emmm…

Ehem, tugas kita dekat sini. Saya tujukan perkara ni terutamanya buat diri sendiri. Kalau diri ni masih belum sempurna cinta kepada Allah dan Rasulullah saw, jangan nak terhegeh-hegeh or nak cari cinta manusia lain. Takde maknanya. Hahaha terkesan ke diri sendiri.
Banyak sangat lagi nak cerita pasal insan agung ini, InshaAllah, saya sambung pula kemudian hari. Wallahua’lam.

1 wartawan:

Cik_Shiqah berkata...

Jadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan dlm kehidupan seharian kita. Tak lupa juga mengamalkan sunnahnya. Moga kita mendapat syafaat baginda di akhirat nnt. Allahumma Amin..