Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tahun untuk berhusnuzon


Assalamualaikum wbt, 
Bersyukur kepada Allah kerana telah memanjang umur saya dan anda semua untuk sampai pada saat ini, kita masih mampu menghirup udara kurniaanNya tatkala masih ramai yang diluar sana sedang bertarung nyawa.
surah al-Baqarah ayat 155-156:
'dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,

(iaitu) orang yang apabila di timpa musibah, mereka berkata 'inna lillahi wa'inna ilaihi rajiuun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali).'
2015, angka yang tak disangka-sangka akan muncul juga. Alhamdulillah, Allah buka hati saya untuk menaip kembali. Membuka minda masyarakat diluar sana dan mencabar hati diri sendiri tentang nasib kita sekarang.
Seperti yang kita semua maklum, tahun 2014 merupakan tahun di mana Malaysia dikejutkan dengan pelbagai peristiwa, tragedi dan tangisan.
Kehilangan MH 370, Tragedi MH 17, Puting Beliung, Kertas UPSR bocor, banjir besar dan macam-macam lagi.
Bahkan,ada yang lebih teruk apabila masyarakat diluar sana cuba mengeruhkan lagi keadaan apabila melibatkan hal-hal politik. Sumpah, saya taknak bercakap mengenai hal politik.
Cukuplah, saya masih belum cukup umur nak berbicara mengenai perkara tersebut.

Apapun, kenapa ada sebilangan antara kita hendak salahkan Tuhan? 
Siapa kita nak mendengus dengan ujian Allah. Kita tak layak. Langsung tak!
Sedarlah, tatkala Allah melimpahkan nikmatnya tidak terkira, manusia ketika itu alpa. Manusia tidak tahu makna syukur, bahkan lebih menjauh dari Dia.
Kini, tatkala Allah uji sedikit, kita mengeluh. Kita mengaduh. Allah hanya tarik sikit sahaja nikmat itu, supaya kita lebih dekat dengan Tuhan. 
Allah sayang kita tahu? Tidak rasakah nikmat kasih sayang itu? Seberapa lama kita perlu buta. Dengarlah, tahun baru telah pun tiba. Buka mata, buka hati
 surah al-Baqarah ayat 216:

"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
Percayalah. Have faith on Him. Senyum ;D
Saya percaya disebalik apa yang berlaku ada terselit 1001 hikmah, dan mungkin lebih. Siapa kita nak menyoalkan segala takdir Allah. Percayalah! Allah akan beri yang terbaik untuk hambaNya. Saya tuliskan perkara ini tepat untuk diri saya sendiri,
walaupun saya tidak terlibat dengan banjir, saya sangat terkesan dengan bencana ini sebenarnya. Terlalu ramai sahabat-sahabat saya diluar sana yang menjadi mangsa, mana mungkin saya tidak duduk diam. Tak perlu nak gambarkan, bagaimana keadaan saya dalam seminggu itu. Saya rasa hampir setiap hari saya menitiskan air mata. Sebak tengok keadaan setiap negeri. Apa yang saya mampu buat, hanyalah berdoa. Siapa yang tak risau dengan keadaan ini semua. Tengoklah, dekat sini kita dah dapat lihat betapa Allah nak kukuhkan ukhuwwah antara kita. Menolong antara satu sama lain. Berdoa untuk satu sama lain. Allahu.

Husnudzon dengan Allah sayangku sekalian.
Tengoklah pada malam 31 Disember 2014, Dataran Merdeka dipenuhi manusia yang bermunajat kepada Allah. Memuji Allah dan menumbuhkan cinta kepada Nabi kita Nabi Muhammad. Kalau semua ini tidak berlaku, mungkin sekali lagi Malaysia akan menjadi sarang maksiat, setiap kali tahun baru.

3 Januari ini, Maulidur Rasul. Allah taknak cemarkan bulan kelahiran Rasulullah saw dengan maksiat. Allah jaga kita. Jaga hubungan kita dengan Allah, jaga hubungan kita dengan Rasul dan jaga hubungan kita dengan manusia sendiri.
Allah sayang kita tau? Jadi kenapa kita tak sayang Allah balik? Husnudzon dengan Allah.
surah al-Baqarah ayat 233:

".....seseorang tidak di bebani lebih dari kesanggupannya..."
Inilah luahan hati saya, mungkin ada tersilap dimana-mana. Mohon maafkan atas segala kekhilafan. Saya disini menyeru agar kita semua bangkit! jangan pernah putus asa atas rahmat Allah. Dan sentiasalah bersangka baik terhadap Allah.
Boleh? Senyum

2 wartawan:

Cik_Shiqah berkata...

sentiasa bersangka baik dgn Allah. Apa yg terjadi, itu aturanNya dan itulah yg terbaik buat manusia. setiap yg berlaku ada hikmahnya dan setiap ujian yg melanda ada tanda kasih sayang Allah buat hambanya..

MaliihahNur berkata...

Alhamdulillah. benar kata cik shiqah. Allah sebaik-baik perancang