Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Hijrah

Assalamualaikum,

MashaAllah, dah bersarang blog ni. Dengan itu, mari kita membersihkannya semula. *suka hati* ^^
Alhamdulillah. bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya, saya dapat kembali ke lam blog dimana banyak perubahan telah berlaku.
Dan In Sha Allah, blog ni pun akan ditransformasikan juga kepada yang lebih baik.
Untuk manfaat semua,
Semoga dengan ini, kita mendapat pahala dan mendapat keredhaanNya.

Jadi, itulah definisi secara tidak langsungnya Hijrah. What is Hijrah? Hijrah ditakrifkan seperti mana saya belajar dalam buku teks yang bermaksud:
1) perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain
2) Semangat untuk berubah; kepada yang lebih baik.

Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hidayah kepada saya sebelum sempat saya digelar sebagai seorang dewasa. Allah telah membuka pintu hati ini pada pertengahan remaja. Dimana sepatutnya zaman remaja inilah, kita sepatutnya bertungkus-lumus memperbanyak ibadah. Kudrat masih ada, nak tunggu tua ke baru nak berebut saf hadapan?

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri" Ar-Rad : Ayat 11

Kita manusia, banyak dosa, terlampau banyak. Tapi kita kena ingat, Allah itu Maha Pengampun.
So, selagi mana ajal maut belum sampai, selagi tulah kita dikehendaki bertaubat dan ingin merebut masuk ke syurgaNya.

sampai disini sahaja untuk hari ini. syukran :)

0 wartawan: