Alhamdulillah Jumaat yang pertama pada tahun 2015. Sayyidul
Ayyam, penghulu segala hari yang disusuli dengan barakah dan rahmat
daripadaNya.
Before that, anda semua dah berkahfi belum? Well, umum
tahu bahawa surah Al-Kahfi ini dibaca untuk mengelak fitnah dajjal. MashaAllah,
hebatnya ayat-ayat Allah.
Anyway, bukan itu yang saya nak bincang untuk kali
ini. InshaAllah di lain masa saya akan kongsi kelebihan dan sunnah-sunnah di
hari Jumaat. InshaAllah.
Eh, sebelum ni saya nak tanya, anda tahu tak esok hari
apa?
Jeng Jeng
Jeng!
Ya, tepuk tangan untuk semua. Esok birthday Nabi
Muhammad saw.So, kita cinta tak Rasulullah? Apa bukti? Anda boleh bagi bukti? Kalau
setakat kata “Saya cinta Nabi Muhammad saw” , tak itu tidak mencukupi. Kenapa pulak
Maliihah? Seperti Ustaz Kazim Elias pernah beritahu ,
“ Love is not a word, it’s
a verb.”
Adakah anda faham? Hahaha. Disini saya nyatakan bahawa
kalau cinta itu bukannya hanya sebutan, tetapi melalui perbuatan. Ya, perbuatan
ialah menerusi berselawat ke atas Nabi Muhammad saw dan mengikuti sunnah-sunnah
baginda. Tak, saya tak cakap saya cukup sempurna, saya buat semua sunnah
baginda, tidak. Saya manusia biasa. Namun, saya seru anda semua dan diri saya
sendiri supaya melakukan sunnah baginda.
So, kalau tak boleh buat semua, jangan tinggalkan
semua. Berehhh? Hehehe
Acane nak buat sunnah Rasulullah ni. Saya bagi tips
paling mudah ya, iaitu membuat checklist. Yup, checklist. Starting anda bangun
tidur hingga anda tidur semula. Anda, eh tak, kita. Ya, kita . Maksud saya,
kita seharusnya bila bangun tidur terus buat sunnah Rasulullah, apa? Baca doa
bangun tidur, and lepas tu apa, mandi masuk bilik air semua tu. Masuk dengan
langkah kiri dan sampaikan sikat rambut pun nabi ada tunjuk caranya. Indahnya,
hidup berteraskan mengikut sunnah Nabi. MashaAllah.
Tak kenal maka tak cinta bukan? Ya Allah, memang kita
tak kenal Rasulullah tetapi kita kenal personaliti baginda, sikap baginda, apa
lagi yang boleh buat kita tak boleh mencintai kekasih Allah ini. Sunnah paling
mudah yang boleh kita ikut, SENYUM. Ya, senyum. Mudah sangat. Alhamdulillah, di
sekolah saya, pada awal orientasi kami telah diajar supaya apabila berjumpa dengan
orang, senyum. Senyum… dan selepas tu saya rasa hubungan saya dan rakan-rakan
saya semakin rapat. Hanya kerana sunnah baginda ini, Allah bagi keberkatan di
situ.
Ini belum cerita tentang Nabi Muhammad sendiri, yang
mencintai umatnya. Bayangkan, Nabi Muhammad mencintai kita semua melebihi kita
cinta kepada diri kita sendiri. Memang, tak sempurna iman seseorang melainkan
dia mencintai Rasulullah lebih dia mencintai dirinya sendiri. Perkara ni pernah
berlaku pada zaman Rasulullah dahulu, ketika Saidina Umar ra berbicara dengan
Rasulullah saw tentang perkara ini.
Kalau nak cerita tentang Nabi Muhammad saw ni memang
tak akan pernah habis. Sangat banyak dan sangat sayang nak tinggal mana-mana
pun tentang Nabi Muhammad.
Anda semua, cintailah Nabi. Kenalilah Nabi. Dekatilah
Nabi. Pernah tak anda menangis kerana merindui baginda? Baginda pernah menangis
kerana mengingati nasib umat dia, kita ni malu kadang apabila nak bercakap
tentang nabi. Ada antara kita bila nama nabi Muhammad disebut, langsung tidak
endah. Tidak menyambut dengan salawat ke atas baginda. Tahukah anda, kita
dianggap sombong jika tidak menyambut nama nabi dengan salawat. Allahu.
Kalau bab main artis korea or anyone, perghh bukan
main bising lagi gamaknya. Ada tu sampai menjerit kalah high note budak iklan
maxis, melebih pulak. Bukan apa, sekarang apa yang saya dapat lihat sendiri
dengan mata saya dan berdasarkan pengalaman saya sendiri, macam mana seseorang
tu boleh addicted sangat dengan artis ni sampai tahu everything tentang biodata
orang tu, yelah even si artis tu bukan kenal dia pun, tahu everything. I mean dia
punya darah type apa, tinggal dekat mana, dulu belajar sekolah mana. How
his/her life from born till present. Siyesly, bukan nak kutuk ke apa, since
sebenarnya nak tempelak diri sendiri kot, tapi still malulah skit. Kita ni
Islam, kalau tanya tentang Rasulullah, mungkin tentang tarikh lahir Rasulullah,
boleh la dah mainstream, hafal bukan. Tapi, kalau tanya Rasulullah saw punya
isteri berapa? Or cuba bagi skit nama anak-anak Rasulullah, masih ada yang
tergagap-gagap. Emmm emmm…
Ehem, tugas kita dekat sini. Saya tujukan perkara ni terutamanya
buat diri sendiri. Kalau diri ni masih belum sempurna cinta kepada Allah dan
Rasulullah saw, jangan nak terhegeh-hegeh or nak cari cinta manusia lain. Takde
maknanya. Hahaha terkesan ke diri sendiri.
Banyak sangat lagi nak cerita pasal insan agung ini,
InshaAllah, saya sambung pula kemudian hari. Wallahua’lam.
1 wartawan:
Jadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan dlm kehidupan seharian kita. Tak lupa juga mengamalkan sunnahnya. Moga kita mendapat syafaat baginda di akhirat nnt. Allahumma Amin..
Catat Ulasan