Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Kenali Diri



   Assalamualaikum ya akhi wa ukhti,
 Alhamdulillah Allah memberi saya keizinan untuk bertaaruf diri saya sebagai hambaNya yang mencari redhaNya. Kerana sebelum ini, saya hanyalah manusia biasa. InshaAllah, saya nak jadi manusia yang luar biasa, luar biasa dari segi imannya. Doakan ya~!

Bismillahirahmanirahim,
Saya hanyalah hamba marhaen yang diberi nama Maliihah Nur. Jangan tanya kenapa Nur dibelakang ya. Sudah penat menjawab. Anda boleh bertanya kepada Rosyam Noor atau Adibah Nor jika terdesak. Hehe

Saya bukan seorang yang skema, ehem means saya nak jadi diri saya. Saya menaip sebagai diri saya. Means, penulisan saya ialah diri saya dan ilham yang Allah bagi kepada saya.
Saya hanyalah gadis yang bakal menduduki SPM 2015 ini. Sekali lagi, tolong doakan saya ya ;D . Saya bukan macam gadis biasa, well, muslimah yang sopan santun gituhh. Hahaha. Saya dah bagi amaran awal-awal bukan? Saya ni sama seperti anda semua. Mungkin sedikit clumsy and kadang-kadang berkhayalnya merata tempat. Entah apa nak jadi. Geleng kepala. 

Apapun, saya ada satu misi. Misi saya ialah nak pastikan ummah ini terus maju demi Islam. Means, I want to see light through this ummah. Apekah englishnya broken amat.
Abaikan...

Inilah amanah saya, maksud saya amanah kita. Dakwah. Blog ini saya lahirkan awalnya untuk suka suki duka duki , yelah zaman UPSR kan masih belum nampak sinar hidayahnya. Sekarang, blog ini saya wariskan untuk diri saya ini. Ye, diri saya yang dah jumpa misi yang perlu saya jalankan yang sebenar-benarnya. Sebetul-betulnya.

Anyway, saya suka bermonolog. Ini satu amaran. Jadi, jangan salah faham dengan segala bahasa puitis saya yang karat itu, mungkin. maybe anda akan terbatuk-batuk tahap kronik kerana bahasa yang amat jiwang. Hah itu dia!.

Namun, disini jika penulisan saya melalaikan anda kepada Tuhan, saya tidak galakkan dan langsung syorkan anda semua untuk mengklik butang 'x' merah diatas hujung sana. Saya taknak menjadi sebab atau faktor perdana anda semua lagha.
Saya dah kata, saya nak inspirasi anda melalui penulisan saya, bukan membuatkan anda tercenggang dan mengangkat kening sebelah kerana penulisan saya. Moga, penulisan saya memberi manfaat kepada anda semua dan mampu membuat anda mengukir senyuman. InshaAllah. 

Itu sahaja perkenalan diri saya. Sedikit tips untuk anda kekal positif setiap hari, senyum :)
Saya bolok dan saya tahu itu.Bye

0 wartawan: