Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Seruan untuk Daie




Hidup ini merupakan perjuangan.
Hidup ini perlukan pengorbanan,
Hidup ini perlu ada tangisan.

Wahai daie,
andai diri ini terasa serba cukup,
kau memang salah.
Malah lebih bermasalah,
jika kau fikir kau lebih dari cukup,
dari mereka yang masih bermasalah,
Ingatlah kau bukan sesiapa,

Wahai Daie,
masihkah kau ingat,
tatkala kau masih pegang keramat jahiliah,
tatkala kau masih longlai dengan arus dunia,
tatkala itu kau dikurniakan dari Dia,
dibukakan pintu cahaya,
masakan kau lupa?
perasaan saat itu, 
amat bermakna.

Wahai Daie,
Ingatlah sifat hati,
Tidak jernih, tambahan lagi putih.
Iman pula ada turun dan naik,
dan kau masih lagi leka,
Leka ibarat kau sudah miliki segala,

Wahai Daie,
Andai kau diulit dengan cinta manusia,
andai kau dibuai dengan manifestasi cinta,
sungguh kau semakin jauh,
walaupun kau berkata itu cinta,
cinta atas landasan agama,
cinta itu fitrah manusia,
Aku takut itu sebenarnya semua dusta.

Wahai Daie,
Cuba tanya semula, 
siapa yang selayaknya kau cinta?
siapa yang selayaknya kau pinta?
Benarkah itu semua kerana Dia,
sudah kukuhkah cinta kau kepada Dia,
Sudah terbuktikah rindu kau kepada kekasihNya,
tatkala Nabi merindui umatnya,
kau masih menunggu kumbang bertaut,
kau masih men
bukan , bukan. bukan.

Wahai Daie,
jika kau fikir dunia ini sementara,
maka teruskan perjuangan ini,
andai kau luluh di tengah perantara,
andai kau jatuh di tengah perjalanan,
bangkitlah! bangkitlah! bangkitlah!
Bangkitkanlah nama Islam di persada dunia.

Wahai Daie,
andai kau jenuh dengan kata-kata,
andai kau letih dengan tohmahan mereka,
ingatlah itu semua bayaran untuk ke syurga,
mungkin kini kau derita,
namun bersabarlah,
kerana kau akan bahagia,
di syurga.



Assalamualaikum, ehehe lama benar tak update kan. Nilah masalah bila dah berat tangan nak menaip, idea berjuta, ceritanya banyak tapi masa pula tak mengizinkan. Untuk pengetahuan semua, saya akan terus frequently update when I have much time, sebab sekarang masa untuk fokus for SPM.
Masa dah suntuk. pergh suntuk suntuk.

Doakan saya dan sahabat-sahabat saya supaya boleh menjawab exam dengan baik. ;D
Btw, selamat tahun baru Hijrah. Semoga kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Benih Baharu


Setiap hari membaja benih baharu,
Menebarkan benih seantero benua,
biarpun ada benih yang mungkin tak tumbuh,
ataupun tumbuh dimakan kumbang,
mungkin juga layu dek nutrisinya kurang,
biarkan ia layu.

Setiap hari aku akan membaja benih baharu,
memang aku membaja bukan untuk dijaja,
bukan pula untuk sekadar perhiasan semata,
tetapi apa yang akan aku dapat daripanya.

Mungkin aku akan peroleh pokok yang berbuah lebat,
walaupun menunggu masa yang begitu lambat,
tatkala angin dan hujan yang begitu lebat,
akan ku tunggu sehingga aku dapat.

Aku gembira kerana penantianku,
mungkin ia makan banyak masa,
mungkin ramai yang akan berputus asa,
tapi tidak bagiku,
akan ku terus tunggu,
dan menabur benih baharu,
sehingga aku sendiri terharu.

Begitu kehidupan ini,
akan sentiasa aku singkap,
dan meneruskan perjuangan dakwah ini,
biarpun mungkin tidak membuahkan hasil,
atau kadang terpalit keperitan,
atau tercatit segala kedukaan,
kadang aku sendiri yang perlu dipersalahkan,
mana mungkin dengan diri yang banyak kekurangan.

Namun begitu masih ada yang menunggu,
mungkin dua tiga kata yang terselit di kalbu,
mungkin dengan dua tiga kata ini,
mampu membina satu kehidupan baru,
yang lebih hebat dan jitu,
untuk perjuangan Islam yang dituju.

Sebarkan dan terus sebarkan.
Benih baharu itu.




p/s : Saya bukan budak sastera. Bye