Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monolog : Cuba

Aku kenal pandangan tu,
Pandangan yang kau beri kepadaku,
Pandangan penuh harapan,
Pandangan bersalut impian,
Supaya aku kembali seperti dulu.

Jangan fikir aku mengalah,
Aku kan sudah dewasa,
Kau juga yang kata.
Aku takkan mengalah,
Biar aku asyik rebah,
Biar aku sering kalah,
Dengan nafsu aku sendiri,
Tapi aku takkan mengalah,
Itu janji aku.

Aku kini mungkin tak sama,
Sepertimana pertama kali kita berjumpa,
Aku lebih baik, lebih molek,
Puji kau, seru aku jadi seperti dulu.
Ya, mungkin.
Tapi kau kena tahu satu.
Aku mungkin sahaja bisu,
Senyapnya seribu,
Tiada khabar indah menyingkap kalbu,
Hmph, aku sedang cuba kau tahu?
Cuba untuk kembali seperti dulu.





Testing One Two Three.

Ehem... Assalamualaikum.

Hai. okay okay fine jangan bedil saya kerana sudah lama membisu,menyepi, menghilang dan apa lagi, semua benda yang seangkatan dengannya.

Entahlah, memandangkan 2016 sudah pun datang agak lama, dan ini merupakan kata-kata pertama saya buat tahun ini, jadi saya ingin mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU!"

Hahahaha. tahu tak lawak. tahu.

Salah satu sebab kenapa saya berhenti menulis buat seketika,  ialah saya buntu. Ya, saya bingung dengan diri saya sendiri. Saya rasa macam saya tak layak untuk memberi sebarang kata mahupun berkongsi apa-apa cerita. Sebab saya tak layak. Titik.

By that, saya biarkan masa berlalu. Hasrat saya ialah saya ingin memperbaiki diri saya dahulu. Before I give anyone advices or something like that, I need to reflect myself first. Biarpun 1 bulan setengah ni boleh tahan lama (tambah dengan malasnya untuk menulis) , akhirnya saya ambil langkah yang jitu lagi padu yang saya akan teruskan cita-cita saya untuk hidupkan blog yang usang ini. Ceh,

Ya, melalui menulislah saya rasa sebenarnya cara terbaik untuk saya refleksi diri yang marhaen ini. Sebab, bila menuliskan, saya dapat tahu di mana kekurangan dan kelemahan yang tersimpan. Dapat recheck balik isi hati ini. Waduhh ayat dia.

Baiklah taknak berdrama lagi disini, saya akhiri kalam ini dengan wabillahitaufikwahidayah Assalamualaikum w.b.t

p/s : wait for the upcoming entry yaw. *bisik sorang2*