Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Throwback Holiday


Assalamualaikum wbt,
maaf kerana sudah lama tidak menghapdet, semasa saya menaip kisah ini saya sudah berada di asrama. Alhamdulillah, sempat juga saya bereskan segala benda walaupun banyak barang hilang. Redha jelah, semoga ada ibrah disebaliknya.

Saya kali ni bukan nak cerita tentang dua dunia(rumah & asrama) memandangkan sekarang dah lewat malam, saya hanya akan mengulas atau membuat kesimpulan, rumusan sedikit berkenaan dengan cuti panjang kita. And of course, for those yang masih bersekolah tu, macam mana cerita holiday hang?

HAhaha btw, cuba kita imbas kembali atau orang omputih kata throwback kembali bagaimana holiday kita?
Adakah masa cuti panjang kita berbaloi?
Atau sekadar sia-sia?

Saya taknak mengulas panjang mengenai cerita cuti saya atau cerita cuti anda, tapi saya nak mengulas mengenai cerita cuti kita?

Apakah cuti ini telah mendekatkan kita dengan Tuhan?
Bagaimana pula dengan tadabbur Al-Quran?
Adakah solat kita sengaja melengah-lengahkan?
Seronokkah kita berukhuwwah fillah dengan jiran?
Rasa hibakah kita dengan musibah yang ummah sekalian?

Ayuh, muhasabah. 
Saya coretkan nukilan singkat ini, 
untuk kita berfikir sejenak
mengenai masa kita dengan Tuhan
dan sumbangan kita kepada ummah.

Saya tak sempurna,
juga kamu...
Namun saya hanya menyampaikan apa yang patut saya sampaikan.
Sekian sampai disini sahaja bual bicara.
Assalamualaikum dan selamat malam!

Sentuhan Kalbu : Rapuh

Assalamualaikum wbt,
Saya taknak cerita apa-apa hari ni tapi just nak anda semua fahami lirik dibawah ni. Mungkin selama ni kita dengar sahaja lagunya tetapi tidak memahami mahupun menghayati bait-bait lagunya.InshaAllah, kali ni saya nak kongsikan lirik lagu Rapuh oleh Opick. I guess semua orang dah biasa dengar lagu ni. Apapun, kita dengar dan fahami ya. 

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu